Page 5 - Demo
P. 5
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 20253proses undang-undang.%u201cSaya tak ada jawapan sekarang. Akan sentiasa ada tindak balas kalau kita dedahkan apa kita nak buat. Mereka hari-hari menulis, kita tak, kita cakap buat sentimen tapi mereka menulis.%u201cHari-hari dikaji diubah sesuaikan dengan keadaan, kalau kita hari-hari dedah, tak ada peluru (hujah) selepas ini. %u201cKita tidak mahu dedah sesuatu yang belum pasti dan belum sesuai dari sudut undang-undang,%u201d katanya.Terdahulu, Pengarah Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Ahmad Murad Merican pada forum %u2018Merungkai Polemik Persejarahan Malaysia: Antara Fakta dan Tafsiran%u2019 mengemukakan cadangan Pulau Pinang dijadikan sebagai Wilayah Khas Kedah menyerupai model Hong Kong sebagai wilayah pentadbiran khas di bawah China.Ahmad Murad mencadangkan Pulau Pinang dijadikan sebagai Wilayah Khas Kedah dengan mengekalkan struktur institusi, ekonomi dan politik, namun diletakkan di bawah pentadbiran negeri itu.Sebelum ini, Sanusi dilaporkan berkata kerajaan negeri berada di fasa akhir memuktamadkan pelantikan pasukan guaman bagi memulakan tindakan undangundang berkaitan isu pajakan Pulau Pinang. Tindakan itu adalah susulan titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah agar isu pajakan dan kedudukan Pulau Pinang diperjelas secara telus.Pada 2021, Kedah menuntut bayaran pajakan sebanyak RM100 juta setahun kerana ia tidak pernah dinilai semula sejak lebih dua abad lalu.Pada 10 November lalu, Sanusi memaklumkan, pasukan penyelidik Kedah kini berada di London bagi mengesahkan dokumen berkaitan di beberapa muzium dan perpustakaan sebelum ia difailkan ke mahkamah secepat mungkin.

