Page 10 - Demo
P. 10
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 20258mengatakan Kerajaan Persekutuan telah melanggar beberapa peruntukan Perlembagaan walaupun perjanjian itu telah lama berlaku.%u201cJadi usaha Kerajaan Negeri Kedah ini satu tindakan yang berani dan positif,%u201d katanya.Mengulas cadangan supaya Perdana Menteri campur tangan dalam isu berkenaan, Yusfarizal berkata, ia boleh menjadi satu alternatif, namun keberkesanan rundingan masih bergantung kepada kesediaan pihakpihak terlibat.%u201cMungkin ia satu peluang, mungkin juga Perdana Menteri boleh gunakan kedudukannya untuk berunding.Namun akhirnya terserah kepada pihak-pihak terlibat dalam rundingan tersebut.%u201cBukan arbiter, tetapi mediator itu paling penting sebagai pemudah cara atau penghubung, tetapi pihakpihak yang berunding itu perlu bersedia dan benarbenar mahu cari penyelesaian. Bukan hanya kosmetik, hanya nak tunjuk kepada orang,%u201d katanya lagi.Daalau ada dokumen dan komitmen yang diakui, Kedah memang ada asas untuk teruskan tuntutan. Namun kajian itu perlu dimuktamadkan, diperkemaskan secara lengkap. Biar mahkamah kelak yang buat keputusan dari laras undang-undang dan Perlembagaan,%u201d jelasnya.Yusfarizal optimis Kerajaan Negeri Kedah mempunyai dokumen sokongan serta hujah undang-undang yang kukuh untuk dikemukakan di mahkamah, pada masa sama Pulau Pinang dilihat bersedia menyahut cabaran tersebut.%u201cUsaha yang berdasarkan kepada kedaulatan undangundang dan keluhuran Perlembagaan, sekiranya ada isu dan pertikaian, jangan biar berlarutan, bawa ke mahkamah.%u201cKita sama-sama saksikan nanti apa akan berlaku di makamah,%u201d katanya.Pada 10 November lalu, Menteri Besar Kedah, Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan, kerajaan negeri kini di fasa akhir memuktamadkan pelantikan pasukan guaman bagi menganalisis undangundang, penyediaan dokumen bagi memulakan proses perundangan di mahkamah berkaitan isu pajakan Pulau Pinang.Tindakan itu adalah susulan titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah agar isu pajakan dan kedudukan Pulau Pinang diperjelas secara telus.Pada 2021, Kedah menuntut bayaran pajakan Pulau Pinang sebanyak RM100 juta setahun daripada Kerajaan Persekutuan selepas ia tidak pernah dinilai semula sejak 1786.Nilai pajakan Pulau Pinang yang diterima Kedah ketika ini hanya RM10,000 setahun sebagai pemberian wajib Persekutuan kepada negeri, sebelum Kerajaan Persekutuan memberikan tambahan khas RM10 juta setahun bermula 2018.lam pada itu, beliau tegaskan Kedah mempunyai asas sekiranya mahu menuntut kenaikan nilai pajakan, selagi wujud dokumen, perjanjian dan komitmen yang jelas termasuk bukti pembayaran tambahan sebelum ini.

