Page 7 - Demo
P. 7
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 20255ALOR SETAR - Usaha Kedah meneruskan tuntutan hak terhadap Pulau Pinang dilakukan sepenuhnya mengikut kerangka undangundang negara.Menteri Besar Kedah, Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Kerajaan Negeri Kedah telah memasuki peringkat akhir proses pengumpulan dokumen sejarah sebelum mengemukakan tuntutan berkaitan kedudukan Pulau Pinang.%u201cKita akan mulakan proses ini berdasarkan semua akta dan undang-undang yang ada dalam sistem perundangan negara. Bukan saya nak langgar undangundang,%u201d katanya.Sanusi berkata, dakwaan kononnya beliau cuba mencabar Perlembagaan Persekutuan juga tidak berasas kerana Perlembagaan itu sendiri terhasil daripada persetujuan negeri-negeri ketika membentuk Persekutuan Malaysia pada 1963.%u201cOrang tuduh saya mahu langgar Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan itu datang kemudian.%u201cApa yang membentuk Perlembagaan? Ia dibentuk oleh persetujuan-persetujuan negeri. Bagaimana persetujuan itu dibentuk, adakah atas bona fide, suci hati, ikhlas atau ada unsur penipuan? Semua perkara ini patut dibincangkan semula,%u201d ujarnya.Tambah beliau, Perlembagaan Persekutuan juga pernah dipinda mengikut kesesuaian semasa dan sebahagian negara mewujudkan Mahkamah Perlembagaan untuk menangani isu-isu berkaitan.Sanusi tegaskan, kerajaan negeri bertekad memperbetulkan kembali sejarah yang dijulingkan serta fakta yang didakwa disembunyikan sehingga mempengaruhi pembentukan Perkara 1(2) Perlembagaan.%u201cIni kesungguhan kita untuk memperbetulkan sejarah dan menghadapi gerakan-gerakan untuk melemahkan.%u201cPada masa lalu, mungkin kita cari dokumen tak jumpa, sejarah disembunyikan, dipesongkan, dijulingkan, tidak diberitahu perkara sebenar, maka persetujuan (dicapai) membentuk Perkara 1(2) Perlembagaan.%u201cAdakah perkara ini tidak boleh dibincangkan lagi? Sudah paku mati? Setelah mengetahui semua fakta sejarah yang merugikan negeri ini, adakah anak cucu pemimpin terdahulu hanya boleh berdiam diri?%u201d soal beliau.Sanusi berkata, tuntutan itu bukan isu baharu kerana beliau telah membangkitkannya sejak tahun 2020. 2 DISEMBER 2025TUNTUTAN KEDAH TERHADAP PULAU PINANG: %u201cADAKAH PERKARA INI TIDAK BOLEH DIBINCANGKAN LAGI? SUDAH PAKU MATI? - SANUSI

