Page 9 - Demo
P. 9
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 20257ALOR SETAR %u2013 Mahkamah merupakan penyelesaian terbaik sekiranya rundingan antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) gagal mencapai kata sepakat berhubung tuntutan Kedah terhadap Pulau Pinang.Pengamal Undang-Undang, Yusfarizal Yussoff berkata, langkah Kerajaan Negeri Kedah membawa isu itu ke mahkamah dilihat berasas berikutan wujud penafian awal terhadap hak yang dikemukakan negeri itu.Menurutnya, walaupun rundingan melibatkan G2G masih merupakan pilihan, ia hanya berkesan jika kedua-dua pihak benar-benar jujur, ikhlas dan bersedia mencapai penyelesaian situasi menang-menang.%u201cSaya tidak rasakan mana-mana kerajaan pun termasuk Kedah terlalu berkeras untuk tidak berunding, tetapi rundingan itu perlu jujur dan ikhlas untuk capai %u2018win win situation%u2019. Jika daripada awal sudah ada penafian, memang sukar untuk berunding.%u201cBagi saya, sebagai pengamal undang-undang, mahkamah adalah kaedah terbaik jika rundingan peringkat eksekutif (G2G) tidak mencapai keputusan, walaupun proses itu nampak %u2018tidak cantik%u2019,%u201d katanya.Yusfarizal berkata, wajarlah sekiranya Kerajaan Negeri Kedah memilih untuk ke mahkamah kerana awal-awal lagi hak tersebut telah dinafikan.%u201cSama ada rundingan G2G (antara Kedah dengan Pulau Pinang) atau antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, akhirnya ia diputuskan oleh badan kehakiman,%u201d katanya.Yusfarizal jelaskan, dalam sistem demokrasi, cabang kehakiman adalah autoriti bebas yang menjadi penyelesaian akhir sekiranya cabang eksekutif gagal mencari jalan tengah.Beliau turut membandingkan situasi itu dengan keputusan penting sebelum ini, termasuk kes Sabah Law Society yang membawa isu pematuhan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ke mahkamah berhubung pembayaran geran khas, sehingga Kerajaan Persekutuan didapati tidak menepati beberapa peruntukan Perlembagaan.%u201cIa juga satu bentuk perjanjian lama yang mahu keputusan daripada makamah tentang pematuhannya.%u201cKadang-kadang perjanjian lama dibiarkan berlarutan begitu lama tanpa diteliti dan dipatuhi secara teliti.Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu MAHKAMAH PENYELESAIAN TERBAIK JIKA RUNDINGAN G2G GAGAL - PENGAMAL UNDANG-UNDANG4 DISEMBER 2025

