Page 8 - Demo
P. 8


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 20256%u201cIni tahun kelima setelah saya bangkitkan perkara ini, dan telah menjadi bahan perbincangan dan perdebatan.%u201cBanyak dokumen mula dikumpulkan. Sekarang dalam proses akhir untuk kita kemukakan tuntutan. Kerja ini besar. Kalau tak selesai di zaman saya, mungkin generasi dan pemimpin akan datang selepas saya akan teruskan.%u201cKita ada kewajipan untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab kita yang tak dapat dilaksanakan pada masa lalu,%u201d jelasnya.Beliau memaklumkan, proses tersebut rumit dan memakan masa panjang berikutan keperluan meneliti dokumen dari pelbagai negara.%u201cPasukan kita berulang-alik ke London, Belanda, Indonesia, Goa di India dan di mana saja dokumen tersimpan, kita kumpulkan semua fakta,%u201d katanya.Sanusi percaya generasi hari ini mempunyai kefahaman sejarah dan akses maklumat yang lebih luas, justeru tidak wajar untuk terus membiarkan perkara lampau yang didakwa memberi kerugian kepada negeri.%u201cAnak cucu kita ada kebijaksanaan, faham sejarah, tahu cerita, jumpa dokumen, pada masa ini takkan kita nak duduk diam lagi?%u201cApa yang tak betul pada masa lalu perlu diperbetulkan pada masa ini supaya generasi akan datang tidak hidup dalam penipuan, penindasan dan ketidakadilan.%u201cInilah waktu yang sesuai untuk dicungkil keluar, didedahkan, diceritakan hakikat sebenar yang terjadi pada masa lalu supaya pada masa depan generasi kita hidup dengan lebih baik di negeri ini,%u201d ujar beliau.Sanusi tegaskan, langkah kerajaan negeri meneruskan hak itu bukan bermotifkan konfrontasi.%u201cBukan kerja saya nak cari gaduh dengan sesiapa. Kerja saya ialah berjuang untuk kemajuan, berjuang untuk hak dan keadilan bagi seluruh rakyat Kedah,%u201d katanya.Pada 10 November lalu, Sanusi memaklumkan, kerajaan negeri kini di fasa akhir memuktamadkan pelantikan pasukan guaman bagi menganalisis undangundang, penyediaan dokumen bagi memulakan proses perundangan di mahkamah berkaitan isu pajakan Pulau Pinang.Tindakan itu adalah susulan titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah agar isu pajakan dan kedudukan Pulau Pinang diperjelas secara telus.Pada 2021, Kedah menuntut bayaran pajakan Pulau Pinang sebanyak RM100 juta setahun daripada Kerajaan Persekutuan selepas ia tidak pernah dinilai semula sejak 1786.Nilai pajakan Pulau Pinang yang diterima Kedah ketika ini hanya RM10,000 setahun sebagai pemberian wajib Persekutuan kepada negeri, sebelum Kerajaan Persekutuan memberikan tambahan khas RM10 juta setahun bermula.
                                
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12