Page 52 - Demo
P. 52


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 20255027 DISEMBER 2025BLUE PRINT PEMBANGUNAN SANGKAR IKAN SUNGAI MERBOK, PERKUKUH PEMBANGUNAN HIJAUSUNGAI PETANI - Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) berhasrat menyediakan Blue Print Pembangunan Sangkar Ikan Sungai Merbok dengan kerjasama PlanMalaysia Kedah bagi mewujudkan pengurusan akuakultur sungai yang lebih tersusun, lestari dan berimpak tinggi.Yang Dipertua MPSPK, Tunku Iskandar Shah Tunku Muszaffar Shah berkata, pelan induk itu bertujuan memastikan aktiviti sangkar ikan dilaksanakan secara terkawal melalui perancangan bersepadu, pemeliharaan ekosistem sungai serta pengoptimuman potensi ekonomi komuniti setempat.Menurut beliau, ketika ini terdapat 79 buah sangkar ikan di sepanjang Sungai Merbok yang diusahakan penduduk tempatan, namun kebanyakannya beroperasi secara tidak tersusun sehingga berpotensi menimbulkan masalah seperti sangkar hanyut dan kacau ganggu di kawasan sungai.%u201cPenyediaan blue print ini akan menyokong peranan MPSPK sebagai penyelaras pembangunan hijau dengan memastikan aktiviti sangkar ikan mematuhi zon guna tanah, kapasiti tampungan sungai serta piawaian alam sekitar, sekali gus menjamin keterjaminan makanan dan kelestarian Sungai Merbok sebagai sumber ekonomi dan ekologi,%u201d katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Program Penanaman Bakau Bersama Raja Muda Kedah di Kompleks Pelancongan Sungai Merbok (Jeti Semeling), hari ini.Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff serta anakanda, Tunku Sulaiman Badlishah Tunku Sarafudin Badlishah berkenan berangkat menjayakan program berkenaan.Dalam perkembangan berkaitan, Tunku Iskandar Shah memaklumkan, MPSPK turut merancang pembinaan dua buah Urban Forest (hutan bandar) di Sungai Petani bagi menjunjung titah Sultan Kedah agar setiap daerah mempunyai hutan bandar sendiri.%u201cUrban Forest di Sungai Petani yang pertama akan dilaksanakan pada Mac 2026.%u201cUrban Forest SP 1 akan dibangunkan di Jalan Padang, bersebelahan bangunan bekas Hong Kong and Shanghai Bank, sebagai projek hutan bandar berskala besar pertama di daerah Kuala Muda dengan peruntukan RM3 juta bagi menaik taraf kawasan berkenaan,%u201d katanya.
                                
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56