Page 53 - Demo
P. 53


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202551Beliau berkata, Urban Forest SP 2 pula akan dibina di tapak bekas kediaman rasmi Pegawai Daerah Kuala Muda seluas 1.7 ekar yang sedang dinaik taraf.%u201cKawasan bersejarah ini pernah didiami Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda. Tapak ini akan diberi nafas baharu dengan penanaman pokok teduhan untuk mengembalikan nostalgia,%u201d katanya.Tunku Iskandar Shah berkata, dengan kepadatan penduduk daerah Kuala Muda hampir 600,000 orang, keperluan kepada ruang hijau dan kualiti persekitaran bandar yang lebih baik menjadi keutamaan MPSPK.%u201cAspek kelestarian alam turut diterapkan dalam perancangan perumahan, termasuk menerusi konsep Kejiranan Hijau yang mengekalkan aliran sungai dan hutan asli, dengan kerjasama pemaju.%u201cSebagai contoh, pembangunan bercampur %u2018Edgewater%u2019 telah diberikan Kebenaran Merancang dalam memacu pembangunan hijau dan mampan,%u201d katanya.Sementara itu, menerusi program penanaman bakau tersebut, sebanyak 500 anak pokok bakau ditanam sebagai simbol komitmen MPSPK terhadap pemeliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem pesisir.%u201cMPSPK yakin usaha ini bukan sahaja membantu mitigasi perubahan iklim, malah meningkatkan kualiti hidup penduduk, memperkukuh kesedaran awam terhadap kepentingan pemuliharaan alam sekitar serta menyokong agenda pembangunan mampan di daerah Kuala Muda,%u201d katanya.
                                
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57