Page 51 - Demo
P. 51
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202549taksiran merupakan sumber hasil utama MBAS.%u201cM BA S ke t i k a i n i tu r ut menanggung tunggakan bayaran kepada SWCorp bagi kerja-kerja pembersihan sisa pepejal berjumlah RM24 juta.%u201cSaya harap warga bandar raya yang menerima rebat 10 peratus serta lebih 13,000 pemilik harta yang menikmati penurunan cukai pintu dapat lunaskan bayaran demi memastikan perkhidmatan lebih efisien,%u201d katanya.Abdul Gafar berkata, MBAS perlu menanggung perbelanjaan operasi tetap kira-kira RM6 juta sebulan atau RM72 juta setahun, manakala hasil selain cukai pintu seperti parkir, sewaan premis, pengiklanan dan pelesenan hanya sekitar RM25 juta setahun.%u201cSecara kasar, hasil cukai pintu RM45 juta dan pendapatan lain RM25 juta menjadikan jumlah RM70 juta setahun. Ini bermakna MBAS masih berdepan kekurangan kira-kira RM2 juta, itu belum ambil kira tunggakan sedia ada,%u201d katanya.Namun, katanya, MBAS akan berusaha mempertingkatkan kecekapan kutipan hasil bagi memastikan perkhidmatan perbandaran kepada warga bandar raya dapat diteruskan.%u201cDengan pewartaan penilaian semula itu, MBAS mempunyai legitimasi untuk melaksanakan tindakan undang-undang terhadap pemilik pegangan yang gagal membayar cukai pintu, termasuk sitaan, namun rundingan tetap menjadi keutamaan.%u201cPemilik yang mempunyai tunggakan tinggi digalakkan datang berbincang dengan Jabatan Penilaian Harta, termasuk rundingan bayaran ansuran,%u201d katanya.Pada 31 Oktober lalu, sebahagian daripada 95,354 pemilik pegangan terlibat dalam penilaian semula cukai taksiran mendakwa berlaku kenaikan mendadak kadar cukai selepas kali terakhir dinilai pada 1993 menggunakan kaedah nilai sewa tahunan.Untuk penilaian terkini, MBAS menggunakan kaedah berasaskan nilai pasaran hartanah, berbanding kaedah nilai sewa tahunan sebelum ini.

