Page 18 - Demo
P. 18


                                    BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 16Kerajaan Negeri Kedah bertekad mengangkat kawasan perindustrian di negeri ini ke tahap bertaraf dunia melalui usaha berterusan dan pengurusan yang lebih sistematik.Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, kebersihan serta kekemasan kawasan industri perlu menjadi k e u t a m a a n k e r a n a i a mencerminkan imej kemajuan negeri.%u201cJangan kita sorokkan di belakang kilang kita, ada banyak barangbarang yang telah tidak terpakai, disimpan kerana ada sindrom %u2018sayang%u2019 nak buang. Maka longgok d i b e l a k a n g k i l a n g d a n seumpamanya.%u201cJadikan kilang kita ini kilang yang paling bersih, paling kemas, paling teratur,%u201d jelasnya.Beliau turut menekankan bahawa Kedah tidak melihat kemajuan negeri jiran seperti Pulau Pinang sebagai saingan negatif sebaliknya menjadikan sebagai inspirasi untuk terus maju.%u201cKita bukan nak menghalang negeri jiran kita, Pulau Pinang. Kalau Pulau Pinang sudah berjaya, kita bangga.%u201cKita nak jadi sebaik mereka dan tiada menjadi sesuatu yang mustahil untuk menjadi lebih baik daripada mereka. Jadi kita mulakan di kawasan perindustrian kita,%u201d katanya.Dalam pada itu, beliau berhasrat agar Kuala Ketil berkembang pesat sebagai hab industri dengan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu%u2019adzam Shah (UniSHAMS) menjadi tonggak utama dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan sektor tersebut.%u201cSatu permintaan saya sebagai Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi ialah untuk melihat Kuala Ketil akan maju, UniSHAMS akan menjadi %u2018anchor%u2019 (tulang belakang/daya penarik utama) kepada penghasilan bakat-bakat, %u2018talent%u2019 (potensi) yang diperlukan oleh industri,%u201d ucapnya.KEDAH SASAR KAWASAN INDUSTRI BERKELAS DUNIA14 OGOS 2025
                                
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22