Page 14 - Demo
P. 14
BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 12Pe n c e m a r a n s u n g a i , penebangan hutan tanpa kawalan dan ancaman perubahan iklim menjadi cabaran utama Kedah dalam memastikan kelestarian alam sekitar dan sumber air.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria berkata, usaha memelihara alam sekitar dan sumber air memerlukan kerjasama semua pihak agar generasi akan datang dapat menikmatinya dengan selamat.Sehubungan itu, kerajaan negeri menyeru seluruh masyarakat untuk berganding bahu menjaga kebersihan dan kelestarian alam, sekaligus memastikan sumber air sentiasa selamat untuk dinikmati generasi akan datang.%u201cKetika kita sedang menghadapi cabaran sungai yang tercemar, ada juga sebahagian yang melakukan penebangan yang tidak terkawal dan sumber air kita juga semakin terancam akibat perubahan iklim,%u201d katanya.Tambah beliau, menjadi kewajipan semua pihak untuk menjaga kelestarian alam demi kelangsungan hidup pada masa kini dan generasi akan datang.%u201cSebab itulah kerajaan negeri sedaya upaya melaksanakan agenda melestarikan alam sekitar, untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya sama-sama mengambil tanggungjawab menjaga kelestarian alam, sumber air dan sumber-sumber yang lain,%u201d jelasnya.Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Perasmian Hari Air dan Alam Sekitar Peringkat Pokok Sena Tahun 2025 di Masjid Jame%u2019 AlEhsan, Sungai Mati, Langgar.Jelasnya lagi, kerajaan negeri kini d a l a m u s a h a m e r a n g k a pembangunan rendah karbon serta memperkasakan pengurusan air secara lestari, di samping memperkukuh pendidikan alam sekitar dan air di peringkat akar umbi.%u201cDi kesempatan ini saya menyeru supaya kita dapat bersama-sama mengamalkan budaya berhemah dan berjimat cermat menggunakan air, bukan hanya pada musim kemarau tetapi pada musim yang lain juga,%u201d serunya.BERSATU LINDUNGI SUMBER AIR DAN ALAM SEKITARLANGGAR - 9 OGOS 2025

