Page 12 - Demo
P. 12
BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 10Satu langkah strategik ke arah pengukuhan sektor pelancongan serta hubungan dua hala antara negeri Kedah dan Kelantan sedang giat diusahakan menerusi cadangan laluan penerbangan terus Alor Setar (AOR) %u2013 Kota Bharu (KBR).Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah, YB Dato%u2019 Haji Mohd Salleh Saidin telah mengadakan pertemuan bersama pihak Berjaya Air di Skypark Subang, Selangor bagi membincangkan cadangan tersebut.Pertemuan bersama Pengurus Besar Berjaya Air, Mohd Amri Mohd Akib itu menyaksikan pihak syarikat menyambut baik inisiatif berkenaan dan menyatakan kesediaan untuk meneliti mekanisme pelaksanaannya dengan lebih terperinci.Menurut Salleh, laluan udara itu bakal memberi impak positif kepada pelancongan Kedah dan memperkukuh hubungan antara dua negeri Pantai Timur dan Utara yang telah lama terjalin.%u201cInsya-Allah, jika dipermudahkan, laluan ini bukan sahaja akan membuka lebih banyak peluang dalam sektor pelancongan, malah memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negeri,%u201d ujar beliau.KERJASAMA UDARA KEDAH%u2013KELANTAN PACU PELANCONGAN DUA HALASUBANG - 7 OGOS 2025

