Page 13 - Demo
P. 13
BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 11Cabaran penuntut ilmu masa kini dalam mendalami asas kepada penyelesaian sama ada benar atau salah semakin dikaburi oleh perkembangan teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI).Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, para penuntut ilmu perlu berperanan menangani isu yang berlaku di sekeliling masyarakat berlandaskan keilmuan yang dimiliki sebaik mungkin.%u201cAda orang yang mengaji pandai, buat degree, buat master, buat PHD, tapi ilmunya tak hidup. Ilmu tak menjadikan dia sebagai seseorang, dan dalam kehidupan dia, dia hanya menurut (mengikut) orang lain,%u201d katanya.Pesannya lagi, penuntut ilmu perlu memperluas pengalaman melalui perjalanan menuntut ilmu kerana jalan tersebut bukanlah jalan yang mudah.%u201cMengaji ni payah, belum ada orang yang mengaji senang. Belajar sikit dapat banyak.%u201cKena belajar banyak, jangan buang masa sepanjang proses menuntut ilmu,%u201d ujarnya.Jelasnya, penting bagi setiap penuntut ilmu untuk benar-benar mendalami bidang yang dipelajari agar mampu berdiri teguh dengan asas pengetahuan yang kukuh.%u201cKita inginkan generasi yang akan datang adalah generasi yang ada ilmu pengetahuan.%u201cIlmu yang mendatangkan keberanian kepada dia untuk bersandar kepada ilmu, bukan bersandar kepada kepentingan diri mahupun kepada tanggapan orang lain,%u201d tegasnya.GENERASI BERILMU TONGGAK MASA DEPAN NEGARAKAHERAH - 8 OGOS 2025

