Page 19 - Demo
P. 19


                                    BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 17Program Hari Komuniti Kampungku Sejahtera menjadi wadah penyatuan dan pengukuhan hubungan antara penduduk kampung dengan agensi kerajaan serta pemimpin setempat.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Dato%u2019 Hajah Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali, aktiviti yang disediakan memberi peluang kepada penduduk kampung mendapatkan maklumat terus mengenai perkhidmatan kerajaan seperti kesihatan, keselamatan, kebajikan dan banyak lagi.%u201cPenduduk kampung dapat mengenali lebih dekat fungsi serta bantuan yang ditawarkan oleh jabatanjabatan terlibat, dan seterusnya memanfaatkan peluang untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing,%u201d ujarnya ketika merasmikan Program Hari Komuniti Kampungku Sejahtera Tahun 2025 di DUN Pantai Merdeka Daerah Kuala Muda, di sini, hari ini.Jelasnya lagi, salah satu aktiviti penting dalam program komuniti ini ialah ziarah ke rumah keluarga pelanggan AADK sebagai satu bentuk sokongan moral yang amat diperlukan oleh mereka yang dalam proses pemulihan.Tambah beliau, ziarah ini memberi motivasi kepada pelanggan AADK untuk terus berusaha dalam proses pemulihan dan menjauhi semula ketagihan.%u201cKunjungan ini juga memberikan dorongan kepada ahli keluarga untuk terus menyokong secara emosi dan mental, yang sangat penting dalam proses pemulihan jangka panjang.%u201cSaya menyeru agar usaha seperti ini diteruskan dan diperluas, kerana setiaplangkah kecil ke arah sokongan komuniti mampu mengubah masa depan seseorang insan,%u201dkatanya.HARI KOMUNITI KAMPUNGKU SEJAHTERA JADI WADAH PENYATUANSUNGAI PETANI - 16 OGOS 2025
                                
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23