Page 16 - Demo
P. 16


                                    BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 14Program Pemantapan Kerja B e r p a s u k a n J a b a t a n Kebajikan Masyarakat (JKM) Tahun 2025 adalah pentas untuk menunjukkan semangat kesukanan, kekuatan mental dan keutuhan kontijen Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) Kedah.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato%u2019 Hajjah Halimaton Shaadiah Saad, kontinjen JKMN Kedah perlu membuktikan bahawa bukan sahaja hebat dalam kemahiran sukan, tetapi juga unggul dalam nilai murni seperti hormat, disiplin dan kerjasama.%u201cSaya ingin mengucapkan setinggitinggi tahniah kepada semua atlet, dan pegawai pasukan kerana telah terpilih untuk membawa nama pasukan JKMN Kedah.%u201cPemilihan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ia adalah hasil titik peluh, kesungguhan, dan disiplin yang konsisten sepanjang tempoh latihan,%u201d ujarnya dalam Program Si n e rg i Ke b aj i k an Te g u h Perkhidmatan serta pelepasan kontinjen JKMN Kedah ke USM Pulau Pinang bertempat di Dewan Seminar Taman Sinar Harapan, di sini, hari ini.Jelasnya, pihak lawan perlu dijadikan inspirasi untuk kontijen Kedah menjadi lebih baik dan jadikan rakan sepasukan sebagai pendorong untuk terus maju kerana kemenangan adalah hasil usaha seluruh pasukan.Tambah beliau lagi, setiap peluh yang menitis, setiap latihan yang ditempuh dan pengorbanan yang dibuat akan menjadi bekal untuk melangkah dengan penuh ke y a k i nan d i gel ang g ang pertandingan.%u201cKepada pegawai pasukan, saya ingin mengucapkan terima kasih atas dedikasi dan bimbingan yang telah diberikan. Peranan anda amat penting, bukan sekadar melatih kemahiran, tetapi membentuk sahsiah dan keyakinan peserta.%u201cSaya mendoakan semoga kontinjen JKMN Kedah dapat memberikan persembahan yang cemerlang, seterusnya mengharumkan nama pasukan dan negeri,%u201d katanya.KONTIJEN JKMN KEDAH PERLU TUNJUKKAN SEMANGAT KESUKANANJITRA - 13 OGOS 2025
                                
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20