Page 21 - Demo
P. 21
BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 19Su l t a n Ke d a h , S u l t a n Sallehuddin Sultan Badlishah menyeru agar menuntut ilmu perlu diberi perhatian serius dalam membentuk generasi muda yang berkualiti serta berakhlak mulia.Dalam titah Baginda sempena Maj l i s Haf lu Ta k r i m A l M u t a f a w w i q i n , B a g i n d a m e n g i n g a t k a n b a h a w a tanggungjawab pendidikan tidak akan lengkap dan sempurna sekiranya tanggungjawab tersebut diletakkan sepenuhnya kepada para guru di sekolah.%u201cIbu bapa, keluarga, masyarakat dan pelbagai institusi lain perlu bersama-sama bertanggungjawab menggembleng tenaga bagi membantu melengkapkan tugas guru dan tugas sekolah,%u201d titah Baginda.Menerusi usaha itu, Baginda turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa dan para guru di atas bimbingan dan sokongan yang tidak berbelah bagi dalam mendidik anak-anak dan para pelajar.%u201cPencapaian ini bukan sahaja membanggakan diri sendiri dan k e l u a r g a , t e t a p i j u g a mengharumkan nama baik sekolah, institusi dan negeri Kedah,%u201d titahnya.Baginda bertitah demikian bersempena dengan Majlis Haflu Takrim Al Mutafawwiqin, Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah Darul Aman yang berlangsung di Dewan Insaniah, Lembaga Zakat Negeri Kedah, hari ini.Pesannya, jadilah insan yang berilmu, berketerampilan serta sentiasa bersedia untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.%u201cMarilah kita membina budaya kasih sayang, hormat-menghormati dan menolak segala bentuk perbuatan dan amalan yang tidak berakhlak seperti membuli, sama ada secara fizikal atau emosi yang membawa kemudaratan dan masalah kepada semua pihak,%u201d titah Baginda lagi.ILMU PENGETAHUAN KUNCI KEPADA KEMAJUAN %u2013 SULTAN KEDAHALOR SETAR - 19 OGOS 2025

