Page 23 - Demo
P. 23
BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 21Syarikat Air Darul Aman (SADA) tidak akan dipindah milik tanpa kelulusan Menteri malah tidak akan berlaku sebarang perubahan dalam pegangan atau pemilikan sepanjang tempoh pemerintahan sedia ada.Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata pengambilalihan peranan SADA sebagai operator air utama di negeri Kedah adalah tidak realistik serta tertakluk kepada syaratsyarat perlesenan dan klausa-klausa perjanjian yang telah dimeterai oleh syarikat tersebut.%u201cSADA adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) bagi menjalankan fungsi dan tanggungjawab perkhidmatan bekalan melalui Perjanjian Pengkorporatan2010.%u201cSADA juga ditubuhkan sebagai syarikat pengganti kepada Jabatan Bekalan Air Negeri Kedah pada tahun 2010,ditubuhkan di bawah enakmen syarikat pengganti yang telah diluluskan pada tahun 2008,%u201d jelasnya.Tambahnya, berdasarkan rekod ketika SADA mengambil alih pada OGOS 2020, konsesi sebelumnya mengalami kerugian sebanyak RM36 juta. Namun, SADA berjaya membuktikan keuntungan pertama pada tahun sama sebanyak RM149 ribu, meningkat kepada RM29.5 juta pada tahun berikutnya dan kini mencatatkan keuntungan sebanyak RM80 juta mengikut unjuran sebelum penolakan bayaran bonus dan cukai.%u201cSemangat ini dikongsi bersama dengan rakan-rakan di SADA yang menjadi tulang belakang kepada bekalan air bersih. Kita juga menguruskan sendiri 10 loji yang sebelum ini diberikan kepada dua konsesi dan berjaya membuat penjimatan sebanyak RM4 juta sebulan.%u201cKita catat keuntungan ini bukanuntuk enjoy, tapi sebab kita ada beban yang telah kita galas sekian lama, ditambah lagi dengan pinjaman-pinjaman akan datang sehingga tahun 2045, dan kita akan mula kena bayar bermula tahun 2026,%u201d katanya sewaktu menjawab soalan lisan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman, Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah ke-15 di Wisma Darul Aman, hari ini.Dalam pada itu, beliau turutmenjelaskan bahawa terdapat konsesi yang berhasrat meneruskan perjanjian bersama kerajaan, namun hasrat tersebut tidak akan diterima walau dalam apa jua situasi.%u201cSelepas perjuangan yang begitu memeritkan, kita gagaskan satu slogan di SADA untuk menaikkan semangat rakan-rakan kita, kita gagaskan %u2018SADA Bangkit%u2019.%u201cDaripada hutang RM36 juta,sekarang ini telah berlaku kebangkitan yang hebat di SADA dan telah mampu untuk mencatat keuntungan RM80 juta untuk bayar hutang,%u201d ucapnya.SADA TIDAK AKAN BERTUKAR TANGAN KEPADA SESIAPA %u2013 MB KEDAHALOR SETAR - 20 OGOS 2025

