Page 24 - Demo
P. 24


                                    BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 22Kerajaan negeri Kedah mensasarkan 300 orang u n t u k m e n y e r t a i program Pearl of Kedah pada tahun 2025.M e n u r u t P e n g e r u s i Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Dato%u2019 Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali, program itu bertujuan untuk memperkasa ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar melalui pelbagai inisiatif pembangunan insan. Kerajaan negeri katanya akan melaksanakan pemantauan kualiti pembelajaran dengan menyemak modul dan bahan pembelajaran yang digunakan sepanjang peserta berada dalam program.%u201c P e m a n t a u a n k u a l i t i pembelajaran ini penting untuk memastikan bahawa modul yang digunakan adalah sesuai dan selaras dengan kurikulum sekolah agar pelajar dapat mendalami serta memahami dengan baik kedua-dua konteks pembelajaran yang mereka pelajari iaitu teori dan aplikasi praktikal dalam kehidupan mereka,%u201d ujarnya ketika menjawab soalan lisan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman di sini, hari ini.Tambah Ashah, setiap peserta akan dicarum dengan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebanyak RM30 sebulan. Caruman berkenaan bertujuan untuk menyediakan tabungan pendidikan bagi memastikan mereka memiliki simpanan untuk ke peringkat lebih tinggi tanpa halangan kewangan. Menjawab kepada soalan t amb a h an A h l i D e w an Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka, YB Ustaz Shahrir Long, khairat kematian turut disediakan sebagai perlindungan tambahan kepada keluarga peserta sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.%u201cDengan adanya caruman SSPN ini, kita bukan sahaja memberi sokongan kepada perkembangan pendidikan mereka tetapi juga menyediakan perlindungan bagi keluarga mereka melalui khairat kematian bagi memastikan anak-anak ini dapat terus melangkah ke peringkat yang lebih tinggi tanpa sebarang halangan,%u201d kata beliau.THE PEARL OF KEDAH 2025 SASAR 300 PESERTAALOR SETAR - 20 OGOS 2025
                                
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28