Page 25 - Demo
P. 25
BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 23Sempena Tahun Melawat Kedah 2025, kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif bertujuan menjadikan Kedah sebagai destinasi utama ekopelancongan di Malaysia serta meningkatkan kesedaran dan kunjungan pelancong pasca pandemik.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato%u2019 Haji Mohd Salleh Saidin, kerajaan negeri melalui Kedah Tourism telah melaksanakan beberapa strategi promosi dan pemasaran, termasuklah penganjuran FAM Trip (Familiarization Trip) melibatkan destinasi seperti Gunung Jerai, Gua Sireh, Sedim dan Pulau Songsong. Tambahnya lagi, wakil media, influencer dan penggiat kandungan digital turut dibawa untuk merasai sendiri pengalaman aktiviti ekopelancongan di pelbagai lokasi menarik di Kedah.%u201cPasca pandemik COVID-19, trend dan corak pelancongan telah mengalami perubahan ketara, baik di dalam mahupun di luar negara. Para pelancong lebih cenderung memilih destinasi yang menawarkan ketenangan, keselamatan, serta aktiviti yang dekat dengan alam semula jadi,%u201d ujarnya ketika menjawab soalan lisan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman di sini, hari ini.Jelasnya lagi, turut diadakan penganjuran acara berkonsepkan ekopelancongan antaranya Dam Camp di Tasik Pedu, Larian Magnificient Baling serta Mong Gajah 4x4 di Tasik Pedu. Katanya, Kedah Tourism turut menjalin kerjasama dengan Travel4All dari Indonesia untuk membolehkan pakej-pakej pelancongan dijual melalui platform digital iaitu MampirMalaysia.com. %u201cSelain daripada aktiviti promosi, kerajaan negeri juga membaikpulih serta menaiktaraf produk eko pelancongan yang terdapat di seluruh daerah di Negeri Kedah. %u201cPihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga turut menerima peruntukan daripada kerajaan persekutuan untuk memastikan produk eko pelancongan tersebut sentiasa berada dalam keadaan sedia dikunjungi bagi menjamin keselamatan serta keselesaan pelancong,%u201d ujar beliau.KEDAH LAKSANAKAN PELBAGAI INISIATIF BANGUNKAN EKOPELANCONGANALOR SETAR - 20 OGOS 2025

