Page 44 - Demo
P. 44
BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 42SOROTAN WAKIL RAKYAT4 OGOS 2025 5 OGOS 2025TINJAUAN ISU BEKALAN AIR, ELEKTRIK DAN PERMOHONAN PEMBAIKAN RUMAHADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Sharir Long turun padang meninjau isu bekalan air dan elektrik di Kampung Berapit.Lawatan ini diadakan bagi menilai keadaan sebenar serta mencari penyelesaian terhadap permasalahan bekalan utiliti yang dihadapi penduduk.Dalam tinjauan tersebut, YB Ustaz Sharir Long turut mengambil maklum mengenai permohonan pembaikan rumah yang akan diberi perhatian segera demi memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan.SUMBANGAN KERUSI RODA UNTUK PESAKIT DI TAMAN RIAPegawai Khas ADUN Bukit Selambau mewakili YB Ustaz Azizan Hamzah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada seorang pesakit, saudara Lukman di Taman Ria.Lukman sebelum ini telah menjalani pembedahan tulang belakang dan kini mengalami kelemahan pada bahagian kaki sehingga menghadkan pergerakannya.Semoga sumbangan ini dapat membantu memudahkan urusan harian dan memberikan sedikit keselesaan dalam pergerakan beliau.TINJAUAN KEROSAKAN JALAN, ELAK BERLAKU KEMALANGANADUN Lunas, YB Khairul Anuar Ramli membuat tinjauan di laluan jalan antara Bukit Kukus dan Simpang Empat Keladi selepas menerima beberapa aduan daripada rakyat berkenaan jalan yang mendap dan berlubang di kawasan tersebut.Keadaan ini berlaku disebabkan kegagalan pihak yang bertanggungjawab menurap jalan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.Semasa tinjauan, YB Khairul Anuar Ramli mengarahkan pihak JKR supaya menghubungi kontraktor bagi menyegerakan pelaksanaan kerja-kerja pembaikan di kawasan berkenaan.SUMBANGAN TANGKUL KETAM DUN TANJUNG DAWAIADUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Haji Hanif Ghazali menyampaikan sumbangan tangkul ketam kepada nelayan pesisir sungai.Sebanyak 35 unit tangkul ketam diserahkan kepada para nelayan di Kampung Sungai Gelam dan Kampung Che Bema.Sumbangan ini diharapkan dapat membantu menambah hasil tangkapan sekaligus meningkatkan pendapatan nelayan di sekitar kawasan DUN Tanjung Dawai.4 OGOS 2025 4 OGOS 2025

