Page 43 - Demo
P. 43


                                    BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 41SOROTAN WAKIL RAKYAT4 OGOS 2025 4 OGOS 2025PROGRAM PENGENALAN ASAS CPR & AEDADUN Kulim, YB Wong Chia Zhen menghadiri program pengenalan asas CPR dan penggunaan AED di Dewan Baru Persatuan Amal Fo En, Kulim anjuran beberapa persatuan tempatan. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kemahiran menyelamat nyawa dan menggalakkan pengetahuan CPR serta penggunaan AED diperluas kepada komuniti.ADUN Kuala Ketil, YB Mejar Mansor Zakaria menyampaikan sumbangan pek makanan kepada 100 penerima dari Kampung Guar Cempedak, Sungai Darak, Kuala Menora, Kubang Bon dan Guar Tinggi.Sesi penyampaian sumbangan tersebut diadakan di Pusat Tarbiah Islam, Kuala Ketil.PERTANDINGAN DAM AJI TERBUKA VETERANADUN Kuala Nerang, YB Dato%u2019 Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria hadir memeriahkan Pertandingan Dam Aji Terbuka Veteran di hadapan kilang gula Padang Terap. Program santai ini mengeratkan komuniti dan menyaksikan semangat luar biasa para peserta. YB turut menyampaikan sumbangan sebagai tanda sokongan.ZIARAH PRIHATIN DUN KUBANG ROTANADUN Kubang Rotan, YB Dato%u2019 Haji Mohd Salleh Saidin menziarahi tiga keluarga memerlukan di Kampung Darat Hilir, Batu 6 Jalan Kuala Kedah dan Kampung Padang.Sumbangan termasuk kerusi roda disampaikan, selain komitmen untuk mengusahakan bantuan penempatan lebih selesa. Program ini menzahirkan keprihatinan serta sokongan moral kepada mereka yang diuji kesulitan hidup.4 OGOS 2025 4 OGOS 2025
                                
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47