Page 42 - Demo
P. 42


                                    BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 40ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah sentiasa komited dalam menyokong pembangunan Agromakanan melalui dasar yang progresif, program pembangunan kapasiti serta insentif yang bersasar.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani, kerajaan mahu melihat lebih ramai peladang moden, penternak berteknologi, nelayan berinovasi, serta usahawan tani yang mampu menembusi pasaran global.%u201cMarilah kita terus bergerak ke hadapan dengan semangat kolaboratif antara kerajaan, industri dan rakyat bagi memastikan sektor Agromakanan negeri Kedah kekal mampan, berdaya saing dan menjadi peneraju dalam jaminan makanan negara.%u201dBeliau berkata demikian sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) Peringkat Negeri Kedah Tahun 2025 bertempat di Jalan Suka Menanti, di sini, hari ini.Jelasnya, penganjuran HPPN telah menampilkan 16 kluster pameran khusus untuk mengangkat sektor agromakanan sebagai satu sektor yang berpotensi untuk diceburi oleh seluruh lapisan masyarakat selain memacu pemulihan sektor agromakanan dan membantu usahawan tani menjana pendapatan.Tambah beliau lagi, HPPN negeri Kedah turut memberi ruang dan peluang kepada peniaga-peniaga kecil untuk menjual produk-produk mereka sekaligus mempromosi sehingga ke pasaran global.%u201cApa yang lebih penting adalah teknologi dan inovasi yang dihasilkan dapat diterima dan memberi manfaat kepada golongan sasar iaitu petani, penternak dan nelayan.%u201cTeknologi itu adalah bagi memajukan serta merancakkan industri pertanian dan agromakanan negara dalam menghadap pelbagai rintangan dalam era yang serba mencabar ini,%u201d ujarnya.KEDAH KOMITED MENYOKONG PEMBANGUNAN AGROMAKANANALOR SETAR - 31 OGOS 2025
                                
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46