Page 11 - Demo
P. 11
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202510LANGKAWI %u2013 Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai rujukan peringkat global apabila diiktiraf bukan sahaja sebagai institusi pengurusan zakat, malah turut menyediakan pelbagai keperluan asas kepada golongan yang memerlukan.Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah bertitah, LZNK kini berperanan penting dalam pelaksanaan program ekonomi mampan demi kesejahteraan rakyat negeri Kedah.%u201cZakat bukan sekadar instrumen kewangan, ia adalah kewajipan Ilahi daripada mereka yang berkemampuan kepada mereka yang kurang,%u201d titah baginda.Baginda turut menekankan bahawa perkembangan teknologi semasa, khususnya kecerdasan buatan (AI) perlu dimanfaatkan secara beretika agar memberi manfaat kepada umat.%u201cBeta amat kagum dengan visi untuk melaksanakan ekosistem zakat berasaskan kecerdasan buatan. Melalui sistem ini, setiap sen zakat dapat dikesan dan setiap amal kebajikan dapat dikaitkan secara langsung dengan kesannya.%u201cBeta percaya inilah masa depan Ekonomi Sosial Islam yang dipandu maqasid syariah serta diperkasakan teknologi canggih,%u201d titah baginda.Baginda bertitah demikian ketika merasmikan The 4th Kedah International Zakat Conference 2025 (KEIZAC) yang berlangsung di Pelangi Beach Resort and Spa, Langkawi.%u201cHari ini, kita perlu berdiri teguh dan mengambil bahagian dalam berinovasi serta membentuk dunia berlandaskan al-Quran dan Sunnah, demi membawa rahmat dan keadilan kepada ummah,%u201d titah baginda.LZNK TERUS UNGGUL SEBAGAI RUJUKAN GLOBAL, PERKASA EKONOMI BERTERASKAN ZAKATLANGKAWI - 11 SEPTEMBER 2025

