Page 12 - Demo
P. 12
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202511JITRA - Muslim Ummah International Forum (MUNIF) 2025 yang diadakan pada hari ini sangat penting bagi menghimpunkan suara dan fikiran terbaik umat Islam di peringkat antarabangsa untuk membincangkan isu Palestin, Gaza dan Masjid al-Aqsa.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Profesor Dr. Haim Hilman Abdullah, dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan rangkaian luas peserta forum ini akan mengemukakan resolusi konkrit untuk memperkukuh usaha kemanusiaan, pendidikan, diplomatik dan ekonomi umat Islam dengan fokus kepada perjuangan Palestin.Katanya, pertemuan itu bukan semata-mata untuk menyatakan solidariti, tetapi juga untuk melakarkan jalan terbaik, paling praktikal dan strategik ke arah menyelamatkan saudara-saudara yang tertindas di Gaza dan dalam usaha membebaskan Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin daripada cengkaman penjajahan.Jelasnya, beliau berharap perhimpunan ini akan menjadi platform untuk mengembangkan sinergi dan kerjasama strategik di kalangan gerakan Islam, NGO dan badan antarabangsa, khususnya di rantau Asia Tenggara.%u201cBagi pihak kerajaan negeri Kedah, saya amat mengalualukan kehadiran semua peserta, pemimpin dan aktivis dari pelbagai negara ke negeri Kedah sempena Forum Antarabangsa Ummah Islam 2025%u201cKehadiran semua amat bermakna bagi kami, apatah lagi ia bertepatan dengan Tahun Melawat Kedah 2025. Saya menggalakkan para tetamu untuk mengambil peluang ini untuk merasai sendiri keindahan budaya, warisan dan kemesraan penduduk Kedah sepanjang anda berada di sini,%u201d ujarnya.Beliau berkata demikian dalam Muslim Ummah International Forum (MUNIF) 2025 bertempat di BDB Darul Aman Golf Resort di sini, hari ini.Tambah beliau, sebagai sebahagian daripada SG4, Kedah memandang isu Palestin bukan semata-mata sebagai kebimbangan kemanusiaan, tetapi juga sebagai satu keadilan sejagat dan kelangsungan tamadun Islam.Katanya, kerajaan negeri Kedah bersama-sama rakan kongsi dalam SG4 sedang meneroka inisiatif pembangunan pendidikan dan modal insan untuk menyokong rakyat Palestin secara tersusun, termasuk peluang biasiswa, pertukaran akademik, latihan kemahiran dan prospek ekonomi.%u201cMelalui platform SG4, kami telah bersetuju untuk mengukuhkan peranan negeri-negeri ini sebagai %u2018hab perpaduan%u2019 untuk Asia Tenggara dengan menganjurkan program kesedaran, inisiatif pengumpulan dana dan mobilisasi sukarelawan untuk rakyat Palestin.%u201cDi Kedah, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan seperti penubuhan tabung khas Palestin peringkat negeri, pengiktirafan NGO tempatan yang aktif di Gaza dan kempen kesedaran di sekolah dan universiti,%u201d kata beliau.MUNIF 2025 BINCANGKAN RESOLUSI ISU PALESTINJITRA - 14 SEPTEMBER 2025

