Page 14 - Demo
P. 14
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202513QARYAH MUMTAZ STAM JADI PENGHUBUNG KEJAYAAN PARA PELAJARALOR SETAR -17 SEPTEMBER 2025ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah menyokong penuh program Qaryah Mumtaz Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang menjadi penghubung dan pemangkin semangat untuk kejayaan para calon peperiksaan.Menurut Pengerusi Pendidikan, Ag am a , Komu n i k a s i d an Penerangan, YB Dato%u2019 Ustaz Mohd Azam Abd Samat, sesi bersama pelajar lelaki diadakan di Maktab Mahmud Alor Setar manakala sesi bersama pelajar perempuan dilaksanakan di Yayasan Khairiah, Kupang Baling.Jelasnya, Program Qaryah Mumtaz STAM 2025 ini diadakan dengan kerjasama pejabat Exco, Bahagian Pendidikan Jabatan Agama, Lembaga Zakat Negeri Kedah serta barisan jurulatih STAM yang berpengalaman.%u201cSaya yakin pendedahan yang telah pun diberikan oleh guru-guru pakar yang terlibat dengan STAM mampu untuk dijadikan bekalan kepada anak-anak sekalian bagi mendapat keputusan yang terbaik untuk peperiksaan STAM yang akan datang,%u201d ujarnya.Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Penutup Qaryah Mumtaz Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bertempat di Maktab Mahmud Alor Setar.Tambah beliau, program itu diadakan bagi memberikan maklumat pendedahan persiapan akhir khususnya kepada caloncalon STAM 2025 yang akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.Tegasnya, para pelajar perlu menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru yang mengorbankan mas a c ut i mereka untu k membimbing para peserta agar berjaya dalam peperiksaan STAM.Katanya, STAM adalah peperiksaan yang diikiraf di peringkat kebangsaan dan boleh menyambung pelajaran ke mana-mana universiti sama ada dalam negara dan luar negara seperti Universiti Al-Azhar.%u201cPelbagai bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri dan LZNK bagi membantu para pelajar menyambung pelajaran di dalam negara dan luar negara.%u201cKalau sambung pelajaran dan dapat keputusan terbaik setiap tahun seolah-olah kita telah pun dibiayai oleh lembaga zakat tanpa membebankan ibu ayah yang berada di kampung,%u201d ujarnya.

