Page 15 - Demo
P. 15
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202514Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Dato%u2019 Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Infrastruktur khusus bagi mencari jalan penyelesaian tuntas terhadap masalah banjir kilat di Bandaraya Alor Setar.Mesyuarat kali kedua ini diadakan selepas lawatan tapak pada 6 Ogos lalu, yang menilai cadangan pembinaan kolam takungan banjir.Agensi-agensi berkaitan termasuk MBAS, JKR, JPS, Pejabat Tanah, BPEN, Pejabat Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan serta MADA membentangkan reka bentuk dan kos cadangan infrastruktur.Projek ini bakal menjadi %u201cgame changer%u201d untuk mengurangkan risiko banjir kilat yang sering menghantui warga Alor Setar.Malah penyelarasan rapi antara semua pihak adalah kunci supaya setiap sen dibelanjakan memberi manfaat terus kepada rakyat.MESYUARAT PENYELARASAN INFRASTRUKTUR TANGANI BANJIR KILATALOR SETAR - 17 SEPTEMBER 2025

