Page 21 - Demo
P. 21
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202520LANGKAWI %u2013 Kerajaan Kedah mengiktiraf peranan mufti dan ahli muzakarah sebagai tonggak utama dalam memberi panduan hukum Islam yang tepat, adil dan berlandaskan syariah.Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, suara ulama perlu terus diperkasa dan dihormati sebagai rujukan utama dalam pelaksanaan dasar di peringkat negeri mahupun Persekutuan.%u201cKerajaan Negeri Kedah beriltizam memperkukuh Institusi Kefatwaan dan mendukung penuh penyelarasan keputusan muzakarah di peringkat kebangsaan sebagai langkah memastikan wehdatul fikri terus subur, sekaligus membina masyarakat yang bersatu padu, harmoni, dan dirahmati Allah,%u201d katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Mawaddah Ulama%u2019 dan Umara%u2019 sempena Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah (MKI) di Aloft Hotel, Langkawi.Tambahnya, segala usaha yang dirancang oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) akan disokong penuh oleh Kerajaan Negeri Kedah selagi ia selaras dengan maqasid syariah serta memberi manfaat kepada umat Islam.Menurut beliau, kestabilan pentadbiran agama Islam hanya akan dicapai melalui sinergi dan koordinasi antara negeri dan Persekutuan.%u201cKerajaan Negeri Kedah akan terus komited dan mengalu-alukan kerjasama erat dengan JAKIM dan MKI dalam usaha memperkasa institusi agama khususnya dalam pemantapan akidah ummah, hal ehwal kefatwaan, pengurusan hal ehwal Islam serta pembangunan dakwah.%u201cDengan demikian, saya memberi seluruh komitmen kerajaan negeri untuk menyokong menyediakan infrastruktur dan prasarana kepada para ulama, para umara%u2019, para mufti untuk menjalankan kerja-kerja yang terbeban di bahu mereka,%u201d jelasnya.Beliau turut berharap agar usaha ini menjadi simbol perpaduan antara ulama dan umara%u2019 demi memartabatkan Islam sebagai rahmat untuk seluruh alam.%u201cSemoga para ulama, para mufti, ahli-ahli feqah akan terus berani untuk bersuara memberikan pandangan, mengistbatkan hukum-hukum selari dengan keperluan semasa ataupun mendahului zaman, supaya anak-anak kita pada masa depan akan terus merasakan hadirnya para alim ulama untuk membimbing kehidupan mereka di dunia ini,%u201d ucapnya.KEPIMPINAN ULAMA TERUS DIJULANG DEMI MARTABAT ISLAM25 SEPTEMBER 2025

