Page 22 - Demo
P. 22


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202521BUKIT KAYU HITAM %u2013 Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) Bukit Kayu Hitam dan pembangunan strategik Delapan disifatkan sebagai wajah baharu ekonomi Wilayah Utara yang mampu membawa transformasi besar kepada negeri Kedah.Menteri Besar Kedah, Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pelaksanaan Taman Perindustrian Bersepadu Pintar NCT InnoSphere (InnoSphere) menandakan permulaan era baharu dengan menjadikan Delapan sebagai hab pusat data dan kesalinghubungan digital serantau.%u201cDelapan juga kini akan memasuki gelombang ketiga pembangunannya yang membawa masuk komponen perindustrian pintar dan berteknologi tinggi, sekaligus melengkapkan ekosistem sebagai sebuah zon ekonomi masa hadapan yang benar-benar strategik dan berimpak tinggi,%u201d katanya.Beliau berkata demikian ketika Majlis Peluncuran Taman Perindustrian Bersepadu Pintar NCT InnoSphere di Galeri Sasana Delapan, Bukit Kayu Hitam.%u201cUsaha ini selari dengan aspirasi KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang menitahkan agar kawasan sempadan dibangunkan sebagai hab ekonomi strategik dan mampu untuk terus berkembang demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri pada masa hadapan,%u201d ucapnya.Tambahnya, peluncuran projek InnoSphere seluas 127 ekar ini membuktikan kesungguhan dalam membangunkan Taman Perindustrian Bersepadu Pintar NCT InnoSphere pertama di Kedah.Beliau turut menegaskan komitmen Kerajaan Negeri Kedah untuk menjadikan SBEZ Bukit Kayu Hitam sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi baharu.%u201cKedudukan strategik SBEZ Bukit Kayu Hitam dan Delapan ini kita yakin akan menjadi katalis dalam usaha untuk mengembalikan Kedah sebagai pintu utama perdagangan dan pelaburan serantau.%u201cTerlalu banyak kelebihan yang ada di sini. Justeru, saya mempelawa semua pelabur sama ada tempatan mahupun antarabangsa, untuk meneroka peluang unik dan strategik yang ditawarkan oleh Delapan dan InnoSphere %u2018gerbang baharu ekonomi serantau%u2019,%u201d jelasnya.SBEZ BUKIT KAYU HITAM JADI GERBANG BAHARU EKONOMI SERANTAU29 SEPTEMBER 2025
                                
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26