Page 24 - Demo
P. 24
SOROTAN WAKIL RAKYATBULETIN UPDA EDISI MEI 2025 231 JUN 2025 3 JUN 2025LEBIH 100 ORANG GOTONG ROYONG BERSIHKAN RUMAH CIK JAMSeramai lebih 100 orang bergotong-royong membersihkan kawasan rumah Cik Jam yang sebelum ini dipenuhi semak samun dan pokok tinggi.Cik Jam yang mengalami masalah kesihatan dan menjaga anak istimewa pernah diziarahi ADUN Jitra, YB Dr. Haim Hilman tiga minggu lalu.Gotong-royong ini melibatkan pelbagai agensi dan sukarelawan demi mewujudkan persekitaran yang lebih selesa dan selamat untuk beliau sekeluarga.SENTUHAN KASIH: YB SALLEH TURUN PADANG BANTU MANGSA RIBUT DAN ZIARAH PESAKIT KRONIKADUN Kubang Rotan, YB Dato%u2019 Haji Mohd Salleh Saidin meninjau rumah Saad Ahmad di Kampung Ulu yang rosak teruk akibat angin kencang, dan mengusahakan bantuan segera bagi membaik pulih kediaman tersebut.Beliau turut menyantuni penduduk sekitar serta mendengar sendiri aduan dan keperluan mereka.Selesai lawatan itu, YB Dato%u2019 meneruskan ziarah ke Taman Desarina untuk memberikan sokongan moral kepada Shahidatul Natasha Zakaria yang sedang menghadapi masalah kesihatan kronik.ADUN PEDU SANTUNI MANGSA RIBUTADUN Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin turun padang menziarahi mangsa ribut yang terjejas di beberapa buah rumah dalam kawasan ini.Beberapa kediaman mengalami kerosakan akibat bencana tersebut, termasuk kejadian pokok tumbang yang menghalang laluan dan merosakkan harta benda.Beliau turut menyampaikan sumbangan awal kepada mangsa serta meluangkan masa mendengar sendiri keluhan dan keperluan penduduk yang terkesan.YB Radzi juga akan memastikan bantuan disalurkan segera dan kerja-kerja pembersihan serta pemulihan dilaksanakan secepat mungkin.ZIARAH PRIHATIN YB HAJI AZHAR IBRAHIM DI KG LUBUK PINANGADUN Ayer Hitam, YB Haji Azhar Ibrahim menziarahi mangsa kebakaran di Kampung Lubuk Pinang yang berlaku sekitar jam 11 malam tadi.Mangsa, Puan Saodah dan anaknya Puan Faridah terselamat kerana bermalam di rumah sebelah. Api berjaya dipadam sepenuhnya sekitar 11.30 malam oleh pasukan bomba.YB Azhar turut menyampaikan sumbangan bagi pihak Ahli Parlimen Jerlun, YB Dr. Abd Ghani Ahmad sebagai tanda keprihatinan terhadap keluarga terjejas.1 JUN 2025 1 JUN 2025

