Page 13 - Demo
P. 13
Sambutan Pesta Songkran Peringkat Negeri Kedah memberi ruang kepada masyarakat Siam di Kedah untuk meraikan perayaan tradisional mereka, di samping membuka peluang kepada masyarakat pelbagai kaum untuk mengenali budaya masyarakat Siam dengan lebih dekat.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO, YB Wong Chia Zhen menegaskan bahawa masyarakat Siam telah memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada keharmonian, pembangunan dan kekayaan budaya negeri Kedah.%u201cKerajaan negeri tak perlu cakap banyak apabila ada individu tertentu bertanya pendirian kerajaan negeri menganjurkan sambutan itu.%u201cKita buktikan dengan tindakan dan buat kerja ikhlas untuk menganjurkan pesta songkran peringkat negeri Kedah 2025 di Wat Kura.Dianggarkan seramai 8000 kaum Siam menghadiri Program Sambutan Pesta Songkran Peringkat Negeri Kedah Tahun 2025 b er tempat di Wat ffammasiriwararam Kampung Kura, Mukim Jeneri, hari ini.Tambah beliau lagi, kerajaan negeri Kedah telah meluluskan keseluruhan peruntukan sebanyak RM70,000 kepada lapan buah Wat di seluruh Kedah sempena sambutan Songkran pada tahun ini.Jelasnya, bagi menyokong pendidikan agama dan budaya masyarakat Siam, kerajaan negeri turut meluluskan bantuan kewangan bagiPeperiksaan Kelas Dhamma Tahun 2025 yang telah diadakan di Wat Teluk Wanjah pada bulan Februari yang lalu.%u201cSelain itu, Tabung Pendidikan Wat Kura turut menerima bantuan berjumlah RM5,000,%u201d kata beliau.MASYARAKAT SIAM BERPERANAN PENTING DALAM KEHARMONIAN DI KEDAHSIK- 19 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 12%u201cWalaupun individu tersebut partinya telah memerintah berpuluh tahun di negeri Kedah, tetapi dia masih tidak faham tentang keharmonian dan perpaduan masyarakat komuniti Siam di Kedah,%u201d

