Page 14 - Demo
P. 14
Pelaburan negeri Kedah berjaya mencatatkan kedudukan tempat keempat dalam negara dengan jumlah keseluruhan pelaburan masuk sebanyak RM45.8 bilion berbanding RM28.7 bilion bagi tahun 2023.Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah bertitah agar prestasi baik ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang agar ekonomi negeri akan terus kukuh dan berdaya mampan.%u201cDalam hal ini, kerajaan Beta disarankan untuk merancang kawasan perindustrian baharu, khususnya di daerah Bandar Baharu dengan mengambil peluang dan manfaat daripada limpahan pembangunan kawasan industri baharu di negeri yang bersempadan dengan negeri Kedah.%u201cBeta amat menyarankan agar kawasan perindustrian yang sedia ada diperkasakan, dan pada masa yang sama meneroka kawasan-kawasan baharu yang berpotensi untuk dimajukan,%u201d titah baginda.Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman, Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Kedah ke-15 di Wisma Darul Aman, hari ini.Sementara itu, Sultan Kedah bertitah, kedudukan negeri Kedah yang berjiran dengan negara ffailand juga hendaklah dimanfaatkan melalui pembangunan bandar sempadan yang melibatkan pelbagai peluang ekonomi dan perniagaan rentas sempadan khususnya sebagai hub logistik dan industri.%u201cDengan mengambil kira konsep supply and demand, kerajaan negeri dan persekutuan hendaklah memberi tumpuan kepada penyediaan infrastruktur yang lengkap.%u201cApabila ekosistem pelaburan dapat diwujudkan, barulah pelabur berminat untuk datang ke negeri Kedah,%u201d titah baginda.PERKASAKAN ZON INDUSTRI, PELABURAN CECAH RM45.8 BILION %u2013 SULTAN KEDAHALOR SETAR - 20 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 13

