Page 15 - Demo
P. 15
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah menyokong pelaksanaan inisiatif penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun bagi kawasan jelapang padi.Baginda bertitah, usaha dalam memastikan keterjaminan bekalan beras negara ini perlu turut sama diberi perhatian yang serius bagi kawasan luar jelapang padi agar jumlah pengeluaran padi dapat ditingkatkan.%u201cBeta ingin menyarankan agar pihak MADA dan MARDI dapat meningkatkan usaha melaksanakan k a j i a n b e r t e r u s a n d a n menggunakan teknologi pertanian m o d e n k hu s u s ny a d a l am penghasilan benih padi yang berkualiti serta penggunaan jentera moden yang cekap,%u201d titah baginda.Menegaskan demikian, Sultan Kedah bertitah, kerajaan perlu tegas dalam melindungi kawasan tadahan air di Hutan Simpan Ulu Muda sebagai jaminan kelestarian sumber air yang mencukupi dan selamat di samping menjamin pengekalan pelbagai spesies ffiora dan fauna.%u201cPenghasilan padi juga bergantung kepada sumber air dari kawasan hutan tadahan air yang turut menyokong keperluan domestik dan industri,%u201d titah baginda sewaktu merasmikan Istiadat Pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman, Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Kedah ke-15 di Wisma Darul Aman.Dalam perkembangan lain, baginda turut menyambut baik pelaksanaan Program Penanaman 2 Juta Pokok yang diterajui oleh Jemaah Dato%u2019 Negeri Kedah.%u201cUsaha ini perlu digembleng secara bersama oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam memupuk kesedaran di kalangan rakyat Beta mengenai kepentingan memelihara dan mengekalkan kelestarian alam sekitar,%u201d titah baginda.TITAH SULTAN: PENANAMAN PADI LIMA KALI DUA TAHUN BANTU TINGKATKAN PENGELUARANALOR SETAR - 20 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 14

