Page 35 - Demo
P. 35


                                    Kerajaan Negeri Kedah akan mengambil langkah proaktif demi memastikan kebajikan dan masa depan pekerja Continental Tyre Alor Setar Malaysia Sdn. Bhd. yang ditutup terus terjaga. Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Sains, YB Dr. Haim Hilman Abdullah berkata antara langkah pertama yang telah dikenalpasti adalah Penempatan Semula Pekerja melalui Kedah Talent Development Centre (KTDC) di bawah Invest Kedah Berhad dengan kerjasama MIDA.Menurutnya langkah tersebut bagi tujuan latihan semula dan penempatan di syarikat-syarikat sedia ada dan baharu yang ada di negeri Kedah termasuk pelabur baharu iaitu syarikat tayar dari China yang akan melabur di Kedah Rubber City (KRC), Padang Terap.Jelasnya lagi, langkah kedua adalah kerajaan negeri Kedah akan mengusulkan kepada kerajaan lersekutuan agar dasar serta insentif pasca-pelaburan diwujudkan iaitu berdasarkan faktor-faktor seperti tempoh telah beroperasi, peluang pekerjaan, pemindahan teknologi dan sumbangan KDNK kepada negeri dan negara.%u201cPada 30 April 2025, satu pertemuan rasmi telah diadakan antara pihak Kerajaan Negeri Kedah bersama pihak Continental Tyre Alor Setar Malaysia Sdn. Bhd., berhubung pengumuman penutupan kilang mereka di Alor Setar menjelang 31 Disember 2025.%u201cPihak syarikat telah merangka pelan pampasan yang adil dan bersesuaian, selain turut menyediakan latihan kemahiran tambahan sepanjang tempoh lapan bulan yang berbaki bagi meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran para pekerja terlibat,%u201d ujar beliau dalam satu kenyataan media bertarikh 30 April 2025.Tambahnya, pihak syarikat telah memaklumkan bahawa keputusan yang dibuat adalah hasil semakan strategik operasi peringkat global dan rantau Asia Pasifik (APAC), bertujuan untuk mengoptimumkan portfolio produk dan penyesuaian kepada perubahan pasaran, bukanlah kerana lokasi pengeluaran yang tidak sesuai. %u201cKerajaan negeri merakamkan penghargaan atas pendekatan bertanggungjawab yang diambil oleh syarikat dalam menjaga kebajikan pekerja. %u201cKerajaan negeri Kedah percaya bahawa kerjasama rapat antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, pihak swasta dan agensi berkaitan mampu memastikan proses peralihan ini berlaku secara teratur dan kebajikan para pekerja sentiasa menjadi keutamaan,%u201d kata beliau lagi.KERAJAAN NEGERI AMBIL LANGKAH PROAKTIF DEMI KEBAJIKAN PEKERJA KILANG CONTINENTAL TYRE SDN. BHD.ALOR SETAR - 30 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 34Sumber: Google
                                
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39