Portal%20Rasmi%20Kerajaan%20Negeri%20Kedah%20Darul%20Aman
Portal%20Rasmi%20Kerajaan%20Negeri%20Kedah%20Darul%20Aman
  • Utama
  • Kerajaan
    • Bahagian/Unit
    • Pentadbiran Daerah & Tanah Negeri Kedah
    • Jabatan Negeri
    • Badan Berkanun
    • Pihak Berkuasa Tempatan
    • Jabatan / Agensi Negeri Kedah
    • Pentadbiran Agama Negeri Kedah
    • Senarai Pegawai Tadbir Negeri Kedah
    • Dasar/Pekeliling
    • Polisi Kerajaan Negeri Kedah
    • Arkib
  • Rakyat
    • Mengenai Kedah
    • Kesultanan Kedah
    • Pautan Pantas
    • Perkhidmatan Kedah Cashless
    • Jawatan Kosong (SPA Kedah)
    • Jawatan Kosong (iKerja)
    • Pinjaman Pelajaran (SPPNK)
    • Soalan Lazim (FAQ)
    • e-Penyertaan
    • Pelancongan / Hotspot
    • Kedah Tourism
    • Experience Kedah
    • Jerai Geopark
  • Perniagaan
    • Tender / Sebut Harga SUK Kedah
    • Tender / Sebut Harga Jabatan Negeri
  • Perkhidmatan
    • Prestasi Piagam Pelanggan
    • Transaksi Perkhidmatan Atas Talian
  • Hubungi Kami
shape
  • Home
  • BERITA
  • PESTA SONGKRAN AKAN DIKETENGAHKAN SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN NEGERI

PESTA SONGKRAN AKAN DIKETENGAHKAN SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN NEGERI

  • April 20, 2024
  • 2146 Views

SABTU (20.04.2024)
PADANG TERAP – Songkran merupakan perayaan tahun baru tradisional Siam yang turut disambut oleh masyarakat Siam di Negeri Kedah. Perayaan ini juga dikenali sebagai Pesta Songkran yang disambut berdasarkan kepada kalendar lunar Siam, iaitu pada bulan kelima semasa bulan purnama dan jatuh pada hari ke-15. Sekiranya mengikut kalendar masihi Pesta Songkran ini disambut pada pertengahan bulan April. Pesta Songkran ini juga lebih dikenali sebagai Pesta Mandi Air, iaitu mereka akan menyimbah air sesama mereka dan juga kepada orang ramai.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India dan Siam Dan NGO Negeri, Wong Chia Zhen berkata penganjuran Sambutan Pesta Songkran yang diadakan pada tahun ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Jawatankuasa Wat Lamdin. Dengan penganjuran Program Pesta Songkran ini dapat memberi peluang kepada masyarakat Siam di negeri Kedah untuk meraikan Perayaan Songkran, selain dapat menjadi tarikan kepada masyarakat atau kaum lain untuk mengenali budaya masyarakat Siam di negeri Kedah ini.
“Sambutan Pesta Songkran ini juga, mampu menjadi salah satu produk pelancongan kepada negeri Kedah dengan menarik minat pelancong dalam dan luar negeri untuk merasai sambutan Pesta Songkran yang diadakan pada setiap tahun. Penyertaan bagi aktiviti di Pesta Songkran bukan hanya terbuka kepada masyarakat Siam sahaja, tetapi masyarakat atau kaum lain masih boleh bersama-sama ke Pesta Songkran ini untuk merasai pengalaman sambutan Pesta Songkran seperti yang di sambut di Thailand.
“Saya mewakili Menteri Besar Kedah dan Kerajaan Negeri berhasrat untuk membawa Sambutan Pesta Songkran Peringkat Negeri Kedah ini keluar dari kelaziman di mana, setiap tahun kita akan menganjurkan Sambutan Pesta Songkran ini di kawasan Wat sahaja. Tetapi pada tahun hadapan, saya akan cuba untuk menganjurkan Sambutan Pesta Songkran Peringkat Negeri Kedah ini ke kawasan-kawasan tumpuan pelancongan seperti di Alor Setar. Ini adalah selaras dengan pengumuman Menteri Besar Kedah, bahawa Kerajaan Negeri Kedah akan menganjurkan Program Tahun Melawat Kedah 2025 bagi merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi negeri Kedah yang kaya dengan warisan, kebudayaan pelbagai kaum dan khazanah alam seperti pantai, gunung, desa dengan kepelbagaian flora dan fauna.
“Kerajaan Negeri Kedah sentiasa menghargai sumbangan masyarakat atau kaum-kaum lain di negeri ini. Walaupun masyarakat Siam di negeri ini merupakan antara masyarakat minoriti, namun Kerajaan Negeri Kedah tetap memberi keutamaan dalam soal kebajikan dan nasib masyarakat Siam di negeri ini. Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Masyarakat Siam Negeri Kedah akan berusaha untuk memastikan hak masyarakat Siam di negeri ini terbela dan segala isu dan masalah berkenaan masyarakat Siam akan saya cuba selesaikan dengan sebaik mungkin mengikut undang-undang dan akta yang sedia ada,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena perasmian Majlis Pesta Songkran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2024 di Wat Lamdin, Kampung Lamdin di sini, hari ini.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Dan Keusahawanan Negeri, Dato’ Mohd Salleh Saidin; Timbalan Speaker DUN Kedah Merangkap ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis; Ahli Parlimen Padang Terap, Nurul Amin Abdul Hamid; ADUN Pedu, Mohd Radzi Md Amin; Pegawai Daerah Padang Terap, Azmin Zainol Abidin dan Pengerusi Penganjur Pesta Songkran, Prasert A/L Enben.
Dalam perkembangan sama, Wong berkata pada hari ini bukan masyarakat di Kampung Lamdin saja yang hadir namun terdapat masyarakat dari pelbagai tempat termasuk Kuala Nerang, Jitra, Pendang, Alor Setar dan lain-lain tempat hadir memeriahkan pesta Songkran kali ini.
“Kerajaan Negeri meletakkan Pesta Songkran dan Loi Kratong dalam kalendar pelancongan negeri bagi menarik lebih ramai masyarakat Siam termasuk rakyat dari negara Thailand.
“Saya juga menyeru orang ramai supaya dapat hadir menyaksikan sendiri pesta Songkran yang akan diadakan di mana-mana sahaja dalam Negeri Kedah ini sempena Tahun Melawat Kedah 2025 nanti,” ujarnya.

Share:

Previous Post
KEMERIAHAN RUMAH
Next Post
KIRA-KIRA 2,400

Comments are closed

Lagi Berita & Pengumuman

  • HARUMANIS D’AMAN CETUS FENOMENA LUAR BIASA DENGAN PENGHASILAN PRODUK BERKUALITI TINGGI
  • DAMCAMP 2025 BENTUK JATI DIRI MASYARAKAT MENCINTAI KHAZANAH ALAM
  • SAMBUTAN PERAYAAN PELBAGAI BANGSA BERI IMPAK POSITIF KEPADA PERPADUAN KAUM DI KEDAH
  • KERAJAAN NEGERI SENTIASA CAKNA DALAM MENAMBAH BAIK PEMBANGUNAN BELIA DI NEGERI KEDAH
  • INISIATIF TANAM PADI LIMA KALI DUA TAHUN MAMPU JAMIN KESTABILAN BERAS NEGARA – SULTAN KEDAH
Portal%20Rasmi%20Kerajaan%20Negeri%20Kedah%20Darul%20Aman

Hakcipta Terpelihara @ 2025 Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi Negeri Kedah

    Hubungi Kami

    Alamat: Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
    Aras 4 Blok B, Wisma Darul Aman,
    05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman,
    Malaysia
    Tel:+604-7027000
    Faks:+604-7028400
    Emel:korporatsuk[at]kedah.gov.my / portalkedah[at]kedah.gov.my

     

     

    Pautan

    • Dasar Privasi
    • Notis Hakcipta
    • Penafian
    • Pautan Agensi

    Facebook

    Copyright 2025 All Rights Reserved by BTMK