
RAJA MUDA KEDAH BERANGKAT HADIR KE MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448H
SELASA (16.06.2026)
ALOR SETAR – Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin berkenan berangkat hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2026M/1448H di Masjid Ar Rahman, Mergong di sini, hari ini.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun 1447H, Solat Maghrib berjemaah serta bacaan doa awal tahun 1448H diikuti bacaan yasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Penolong Imam Besar Masjid Negeri, Masjid Zahir Alor Setar, Ustaz Khairul Firdaus Abu Bakar dan diakhiri Solat Isyak yang dihadiri kira-kira lebih 500 jemaah seluruh negeri Kedah dari pelbagai peringkat umur.
Hadir sama Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali; Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Zubir Ahmad; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah; Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka Dr. Syeikh Fadzil Awang; Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Abd Rahman Abdullah dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Mohamad Subhi Abdullah.
Sumber: Warta Kedah
Sumber: Warta Kedah



Comments are closed