
TRANSFORMASI JIWA, PEMIKIRAN DAN AKHLAK MERUPAKAN ERTI HIJRAH YANG SEBENAR – RAJA MUDA KEDAH
RABU (17.06.2026)
ALOR SETAR – Masjid Al-Fateh Kuala Pegang mula dibina dan mula beroperasi pada tahun 2000. Keluasan masjid yang berukuran 2400 kaki persegi ini mampu menampung seramai 900 orang dalam satu-satu masa dan pembinaan masjid ini menelan kos sebanyak RM1.18 juta.
Masjid ini banyak menyediakan pelbagai kemudahan yang dapat memberi keselesaan kepada para jemaah antaranya ruangan solat selesa, berhawa dingin, kipas besar, bilik mesyuarat, bilik seminar, bilik tetamu, tapak sembelihan, tapak nursery dan laman herba masjid yang diwujudkan sebagai pusat pendidikan dan pembelajaran berasaskan alam semula jadi yang menghimpunkan pelbagai tanaman herba bermanfaat.
Selain itu, pihak masjid turut menyediakan parkir kenderaan, Dewan Ummah, laluan mesra OKU, gazebo, Dataran Al-Fateh, Tandas, Sudut Ngopi, Sudut Ilmu, pelan lokasi dan penanda arah serta Sudut Inovasi Masjid.
Masjid Al-Fateh sentiasa aktif mengimarahkan rumah Allah melalui pelbagai program ilmu dan pembangunan insan antaranya kuliah ilmu, kuliah dhuha, daurah, seminar, bengkel pembangunan masyarakat, usrah remaja serta aktiviti silat remaja. Program-program ini menjadi platform melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
Dalam pada itu, Masjid Al-Fateh turut menjalinkan kolaborasi strategik bersama Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Pegang, Universiti Al-Bukhary, UniKL, Politeknik serta pelbagai IPT di seluruh Malaysia. Kerjasama ini memperkukuh peranan masjid sebagai pusat pendidikan, penyelidikan dan pembangunan modal insan.
Peranan Masjid Al-Fateh tidak terhad di dalam kariah sahaja. Program dakwah turut dilaksanakan di pelbagai lokasi termasuk Mukah, Sarawak, Perkampungan Orang Asli, Patani Thailand serta Chiang Rai Thailand. Usaha dakwah ini membuktikan komitmen Masjid Al-Fateh dalam menyebarkan mesej Islam yang membawa rahmat, ilmu dan kasih sayang kepada masyarakat sejagat.
Imam Masjid Al-Fateh, Ustaz Izzat Amin Mohd Nasir membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, hadiah iringan dan sijil penganugerahan bagi pihak masjid yang disampaikan oleh yang disampaikan oleh Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
Sumber: Warta Kedah



Comments are closed