Page 46 - Demo
P. 46
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202544ALOR SETAR - Kedah menyasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri mencecah RM161 bilion menjelang tahun 2035.Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi, Profesor Dr Haim Hilman Abdullah berkata, sasaran itu dijangka meningkat kepada RM576 bilion pada tahun 2050, selari dengan fasa pertama pembangunan The Greater Kedah.Menurut beliau, pencapaian KDNK Kedah pada ketika ini sekitar RM54 bilion, dan berdasarkan pencapaian semasa itu, kerajaan negeri menetapkan sasaran pertumbuhan dalam tempoh 10 hingga 25 tahun akan datang dalam melonjakkan kedudukan ekonomi negeri.%u201cDalam tempoh lebih kurang 10 tahun, kita mahu bergerak daripada RM54 bilion kepada RM161 bilion, manakala dalam tempoh 25 tahun (2050), iaitu tarikh matang fasa pertama The Greater Kedah, kita mahu capai RM576 bilion,%u201d katanya.Haim Hilman berkata, semua daerah akan diberikan tumpuan termasuk Kubang Pasu, yang akan d ij a d i k an p e m a c u ut am a kebangkitan ekonomi Kedah, selari dengan perancangan pembangunan jangka panjang negeri.%u201cTeruskan yakin dan percaya, kita akan menggerakkan ser ta memajukan negeri ini secara berperingkat dan berfokus,%u201d ujarnya.Dalam pada itu, Haim Hilman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra memaklumkan, Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Temin dan Sungai Bata telah diluluskan di bawah Belanjawan 2026 dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan peruntukan keseluruhan RM290 juta.Menurut beliau, Sungai Temin yang terletak di Changlun dan Sungai Bata di Jitra, antara kawasan yang sering terjejas akibat banjir.%u201cA l h am du l i l l a h , m e n e r u s i Belanjawan 2026, peruntukan RTB bagi Sungai Temin dan Sungai Bata telah dimasukkan. Namun, pelaksanaan projek di bawah RMK13 melibatkan beberapa Rolling Plan (RP) dan jika dilaksanakan dalam RP5, ia boleh mengambil masa sehingga 10 tahun untuk disiapkan.%u201cSaya kata 10 tahun ini lama sangat, jadi kita akan usahakan supaya dipercepatkan,%u201d ujarnya.Sehubungan itu, tegasnya, kerajaan negeri sedang mengusahakan langkah bagi mempercepatkan pelaksanaan projek melalui perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang supaya masalah banjir dapat ditangani lebih awal.%u201cSaya telah mengadakan beberapa mesyuarat bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), MADA dan Jabatan Kerja Raya (JKR), termasuk Pegawai Daerah bagi memperincikan penyelesaian isu berkenaan,%u201d kata Haim Hilman lagi.Pada pembentangan Belanjawan 2026, Perdana Menteri, Dato%u2019 Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM2.2 bilion bagi melaksanakan 43 projek RTB di seluruh negara, termasuk 12 projek baharu yang akan dimulakan tahun hadapan.Antara projek RTB baharu itu termasuk RTB Sungai Temin dan Sungai Bata di Kubang Pasu, yang dijangka memberi kelegaan kepada penduduk setempat yang saban tahun berhadapan masalah banjir.Projek RTB Sungai Temin dan Sungai Bata sebelum ini dijanjikan sejak tahun 2020 dan dilabel sebagai %u2018projek sakit%u2019 bawah Kerajaan Persekutuan.Isu berkenaan pernah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kubang Pasu ketika itu, Datuk Amiruddin Hamzah dalam Dewan Rakyat pada 14 Julai 2020.Menteri Alam Sekitar dan Air pada ketika itu memaklumkan RTB Sungai Temin dan Sungai Bata telah dimohon dalam RMK12 pada 10 Mei 2020 dengan kos sebanyak RM100 juta.KEDAH SASAR KDNK RM161 BILION MENJELANG 2035 - HAIM HILMAN23 DISEMBER 2025

