Page 40 - Demo
P. 40


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202538komprehensif kepada pekerja, khususnya pekerja kolar biru, bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran sebelum melangkah ke alam kerjaya baharu.%u201cAntara modul latihan merangkumi kemahiran teknikal dan pembaikan mesin, latihan keselamatan dan standard industri, kemahiran digital dan automasi, pengurusan kualiti dan produktiviti, serta kemahiran insaniah.%u201cContinental turut menawarkan pensijilan profesional melalui kerjasama dengan institusi pengajian tinggi dan pusat latihan teknikal, antaranya Professional Diploma in Industrial Technology Rubber Processing (UniMAP), Diploma Program Industrial Equipment Operation (UTM-Space), Certified Personnel in Quality Management System (UTeM), Professional Certificate in Competent Quality Personnel (UniMAP), Bosch Rexroth Mechatronic Professional Level 3 dan 4 (KISMEC) serta Industrial Equipment Electrical & Control System (JMTI),%u201d katanya.Md Tahir berkata, seramai 250 pekerja menyertai program latihan berkenaan dan berharap mereka memanfaatkan peluang tersebut sepenuhnya bagi menghadapi cabaran baharu dalam pasaran pekerjaan.%u201cKami hargai usaha semua pihak dalam memastikan pekerja tidak dibiarkan tanpa arah selepas penutupan kilang. Program latihan ini bukan sahaja memberi kemahiran baharu, malah membuka peluang untuk masa depan yang lebih cerah,%u201d katanya.Tambahnya, selain latihan luaran, syarikat turut menyediakan latihan dalaman termasuk tatacara pengendalian jentera forklift dan tugger, latihan pencegahan kebakaran dan bantuan kecemasan kepada pekerja di setiap bahagian.%u201cTurut diadakan karnival kerjaya pada November lalu dengan penyertaan kira-kira 12 syarikat, termasuk sebuah syarikat tayar dari China yang merancang membuka cawangan di Kedah, bagi membantu pekerja mendapatkan penempatan pekerjaan baharu,%u201d katanya.Dalam satu kenyataan sebelum ini, Continental memaklumkan keputusan menghentikan operasi pembuatan tayar di Alor Setar yang memiliki seramai 950 pekerja itu dibuat hasil semakan perniagaan terperinci bagi melindungi daya saing dan prestasi syarikat di rantau Asia-Pasifik (APAC).Kira-kira 70 peratus produk kilang tersebut adalah untuk kereta penumpang dan pemindahan operasi ke Thailand dipercayai dibuat berdasarkan pertimbangan kos serta keperluan operasi global syarikat itu yang berpangkalan di Hannover, Jerman.Kilang tayar di Alor Setar memulakan operasinya pada 20 Disember 1979 dan sejak Mei 2012, kilang ini menjadi anak syarikat milik penuh Continental.
                                
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44