Page 41 - Demo
P. 41


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202539POKOK SENA %u2013 Generasi belia dan remaja terus diberi tumpuan dalam agenda p emb angunan ins an b ag i melahirkan pemimpin masa depan yang berkualiti melalui pembinaan nilai rohani, akhlak serta modal insan seimbang.Menteri Besar Kedah, Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, golongan remaja kini sedang berhadapan dengan dunia yang sangat mencabar, malah ada yang sedang dirosakkan jati diri dan akhlak mereka.%u201cHati ibu ayah mana yang tidak terguris apabila saban hari kita digemparkan dengan kes buli, rogol, dan pembunuhan melibatkan anak-anak remaja iaitu generasi yang bakal mewarisi negara ini pada masa hadapan,%u201d katanya ketika merasmikan Kem Bina Sahsiah Siri Ke-16 Tahun 2025 di Dewan Serbaguna Pokok Sena, hari ini.Sanusi berkata, fenomena ini bukan sahaja membimbangkan, malah menuntut tindakan lebih serius.%u201cJika kita mengimpikan sebuah negeri yang dipimpin oleh generasi b ers a hsia h t ing g i, pros es pembinaan itu mesti kita mulakan dari sekarang, melalui pendidikan yang berkualiti, sokongan moral yang kukuh serta contoh kepimpinan yang baik di semua peringkat mengikut acuan Islam,%u201d katanya lagi.Beliau turut mengajak ibu bapa serta seluruh kepimpinan masyarakat untuk berganding tenaga dan memberi perhatian penuh terhadap pembentukan generasi sejahtera di negeri ini.%u201cKerajaan negeri akan terus komited memperkasakan agenda pembangunan insan melalui program-program pendidikan, kepimpinan dan pembentukan karakter yang holistik. Kita mahu anak-anak Kedah bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi turut memiliki jati diri kukuh, akhlak terpuji dan keupayaan memimpin masyarakat pada masa hadapan,%u201d jelasnya.Tambah beliau, menerusi usaha tersebut, penganjuran Kem Bina Sahsiah menjadi bukti komitmen semua pihak khususnya kerajaan negeri dalam mewujudkan negeri yang progresif, mampan dan i n k l u s i f s e l a r a s a s p i r a s i pembangunan modal insan menerusi gagasan The Greater Kedah.%u201cTahun ini merupakan tahun ke-16 Kem Bina Sahsiah dianjurkan sejak tahun 2004, ia diasaskan oleh Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak.%u201cBerkat sentuhan dan usaha generasi terdahulu yang tidak lelah mendidik, program ini berjaya melahirkan ribuan peserta dari tarbiyah Kem Bina Sahsiah,%u201d ucapnya.AGENDA PEMBANGUNAN INSAN BELIA, REMAJA DIBERI TUMPUAN20 DISEMBER 2025
                                
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45