Page 48 - Demo
P. 48
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202546ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah memperkukuhkan mutu penyampaian perkhidmatan awam melalui pelaksanaan transformasi digital secara menyeluruh selaras keperluan pentadbiran moden dan progresif.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, Dato%u2019 Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata, transformasi digital kini bukan lagi satu pilihan, sebaliknya menjadi keperluan utama berikutan perkembangan teknologi yang bergerak pantas dan dinamik.Menurut beliau, kerajaan negeri perlu sentiasa menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi, meningkatkan kapasiti serta mempertajamkan kemahiran digital dalam memastikan perkhidmatan awam kekal cekap, pantas, telus dan memenuhi kehendak rakyat.%u201cApa yang dianggap canggih hari ini mungkin menjadi lapuk pada esok hari.%u201cRakyat hari ini lebih celik teknologi, dan mempunyai jangkaan tinggi terhadap perkhidmatan awam. Mereka mahukan kemudahan, kelajuan dan kecekapan dalam setiap urusan dengan kerajaan,%u201d katanya.Beliau berkata demikian ketika majlis perasmian penutupan Seminar Smart Government & Cloud Future: Menjana Transformasi Digital Negeri Kedah.Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Dato%u2019 Wira Isahak Murat.Menurut Mohd Azam, penggunaan teknologi seperti komputasi awan (cloud computing), keselamatan data (cybersecurity), automasi proses kerja, kecerdasan buatan (artificial intelligence), analisis data besar (big data analytics), serta pendigitalan proses kerja merupakan langkah strategik meningkatkan mutu perkhidmatan awam serta memodenkan tadbir urus kerajaan negeri secara menyeluruh.%u201cTransformasi digital bukan hanya tanggungjawab Jabatan Teknologi Maklumat atau sebahagian jabatan, KEDAH PERKUKUH TRANSFORMASI DIGITAL, TINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN AWAM24 DISEMBER 2025

