Page 49 - Demo
P. 49


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202547sebaliknya memerlukan penglibatan bersepadu dan kolaboratif seluruh jentera pentadbiran.%u201cIa bagi memastikan Kedah terus maju seiring pembangunan teknologi dan sentiasa bersedia hadapi cabaran masa hadapan,%u201d ujarnya.Beliau turut menekankan kepentingan perubahan minda dan budaya kerja dalam menjayakan agenda tersebut.%u201cTeknologi hanyalah alat, yang lebih penting ialah sikap dan cara pemikiran terhadap perubahan. Kita perlu berani mencuba, belajar daripada kesilapan dan memupuk budaya inovasi serta penambahbaikan berterusan di semua peringkat,%u201d katanya.Tambah Mohd Azam lagi, Kerajaan Negeri Kedah di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah meletakkan transformasi digital sebagai antara agenda utama pembangunan negeri, dengan hasrat menjadikan Kedah sebagai contoh pentadbiran digital yang berkesan dan berintegriti.%u201cSaya harap segala ilmu, idea dan pengalaman praktikal yang diperoleh melalui seminar ini dilaksanakan segera di jabatan dan agensi masing-masing, bukan sekadar menjadi catatan atau fail komputer.%u201cTerjemahkan ia kepada tindakan konkrit yang membawa perubahan positif kepada cara kita bekerja dan menyampaikan perkhidmatan,%u201d ujarnya.Pada masa sama, Mohd Azam menggalakkan kewujudan platform perkongsian ilmu berterusan antara jabatan kerajaan negeri bagi membolehkan amalan terbaik dikongsi dan kelemahan dijadikan pengajaran bersama.%u201cIlmu yang diperolehi wajar menjadi pemangkin kepada perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan membawa manfaat berterusan kepada rakyat Kedah,%u201d katanya.
                                
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53