Page 42 - Demo
P. 42
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202540SIK - Kerajaan Negeri Kedah akan meneruskan usaha mempertahankan keputusan menutup dan tidak memperbaharui lesen premis perjudian serta loteri di negeri ini dengan membawa kes berkenaan ke Mahkamah Persekutuan, meskipun tewas di Mahkamah Rayuan.Menteri Besar Kedah, Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri tidak akan berganjak dengan keputusan itu kerana ia merupakan hasrat rakyat yang memilih kerajaan sedia ada untuk memerintah Kedah.%u201cKita tak akan berhenti di situ, kita akan lawan. Saya kecewa dengan keputusan itu, namun kita akan bawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan.%u201cKita doakan supaya hujah kita dapat dikemukakan dengan cemerlang, sempurna dan dapat difahami. Inilah hasrat rakyat yang memilih kita menjadi kerajaan negeri, kenapa tidak hormati pilihan kami,%u201d katanya pada sambutan 41 tahun dan pelancaran jentera PRU16 PAS Kawasan Sik pada Sabtu.Sanusi berkata demikian ketika mengulas keputusan Mahkamah Rayuan pada 12 Disember lalu yang menolak rayuan Kerajaan Negeri Kedah melalui keputusan majoriti 2-1, sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa arahan kerajaan negeri untuk tidak mengeluarkan dan memperbaharui lesen perniagaan perjudian adalah tidak berperlembagaan.Dalam keputusan itu, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Lim Hock Leng dan Datuk Faizah Jamaludin menolak rayuan difailkan Kerajaan Negeri Kedah dan Menteri Besar Kedah atas alasan tiada merit, manakala Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi menentang keputusan tersebut.Mahkamah Rayuan antara lain memutuskan hal ehwal berkaitan perjudian dan loteri berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan kerana lesen untuk ejen dan pengusaha perjudian dikeluarkan serta dikawal selia kementerian berkenaan.Dalam pada itu, Sanusi tegaskan, kerajaan negeri bertindak berdasarkan kuasa sedia ada apabila tidak memperbaharui lesen premis perjudian, selaras dengan dasar negeri itu.LESEN JUDI: %u201cKITA TAK AKAN BERHENTI, KITA AKAN LAWAN DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN%u201d - SANUSI21 DISEMBER 2025

