Page 43 - Demo
P. 43


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202541%u201cKita sudah jadi kerajaan, kita boleh laksanakan apa yang kita mahu berdasarkan undang-undang sedia ada. Selaku kerajaan, kita perlu gubal dasar dan polisi kita jelas, tidak lagi perbaharui lesen premis judi di Kedah.%u201cNamun, polisi ini dicabar 12 operator perjudian, dua daripadanya orang Kedah, selebihnya dari negeri lain yang beroperasi di sini. Kes itu dibawa oleh peguam dari DAP yang menentang kita di mahkamah,%u201d katanya.Tambah beliau, Kedah mencontohi pelaksanaan dasar tersebut sama seperti di Kelantan dan Terengganu yang lebih awal menghalang peluasan aktiviti perjudian.Menurut Sanusi, keputusan mahkamah turut menimbulkan persoalan terhadap kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan apabila pelaksanaan dasar berteraskan nilai Islam didapati tidak dibenarkan dalam kerangka undang-undang sedia ada.%u201cTugas hakim mentafsir undang-undang dan apabila ditafsir begitu, itulah keputusannya. Jika kita ada set undang-undang lain, tentu keputusannya berbeza.%u201cUndang-undang kita masih %u2018kafir%u2019, saya sebut kafir sebab kalau difahami ini perintah tuhan tentang perjudian, arak, semua itu dosa besar tetapi tidak boleh dalam kerangka ini.%u201cKes ini memberi pengajaran, walaupun Islam agama Persekutuan, pelaksanaannya masih terikat dan terbatas,%u201d katanya.Sanusi turut kesal apabila hak kerajaan negeri bawah peruntukan Seksyen 9, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dinafikan.%u201cKita ada kuasa bagi lesen premis, namun dikatakan negeri tidak boleh arah pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana ia entiti berdiri sendiri, tak boleh terima arahan dari kerajaan negeri walaupun Seksyen 9 Akta 171 menjelaskan kuasa tersebut, namun dalam isu judi negeri dikatakan melampaui kuasa Persekutuan,%u201d jelas beliau.Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 20 Jun memutuskan tindakan Kerajaan Negeri Kedah menghentikan pembaharuan lesen premis perjudian berkuat kuasa 1 Januari 2023 sebagai tidak sah dan tidak munasabah, susulan enam permohonan semakan kehakiman difailkan ejen serta syarikat pertaruhan yang mencabar keputusan itu.Tegas Sanusi, perjuangan untuk memperbetulkan sistem perundangan dan politik negara agar selari dengan nilai Islam dan pada masa sama menjamin keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama akan terus diperjuangkan Pas dalam apa jua keadaan.%u201cMahu tidak mahu, suka atau tidak, perjuangan untuk ambil alih negara ini dan menguasai sistem politik serta meminda apa perlu, serta mempersiapkan medan untuk Islam berkembang akan kita teruskan,%u201d katanya.
                                
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47