Page 47 - Demo
P. 47


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 20254524 DISEMBER 202524 DISEMBER 2025DUN BUKIT SELAMBAU BANTU PERSEDIAAN PELAJAR SESI PERSEKOLAHAN 2026PROJEK NAIK TARAF LRA JENUN BARU CAPAI 96 PERATUS, JANGKA SIAP APRIL 2026PENDANG - Projek menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Jenun Baru bernilai RM158 juta kini mencapai kemajuan kerja 96 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada April 2026.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, Dato%u2019 Mohammad Yusoff@Munir Haji Zakaria berkata, LRA tersebut telah mula beroperasi dan mula membekalkan air bersih kepada masyarakat sekitar.%u201cSebahagian besar kerja yang masih belum siap melibatkan infrastruktur luaran, termasuk pembinaan jalan dan kemudahan sekeliling loji,%u201d katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke LRA Jenun Baru di sini, hari ini.Hadir sama, Pengarah Jabatan Kerja Raya, Ir Mohd Fisal Ismail.Munir berkata, kerja-kerja menaik taraf LRA Jenun Baru itu akan meningkatkan kapasiti air terawat dari 55 juta liter sehari (MLD) kepada 110 MLD, iaitu sekali ganda daripada sebelum ini, melibatkan beberapa komponen utama seperti pembinaan tangki air Bukit Jambul, Sedaka, Tanjung Jaga dan menaik taraf rumah pam Bukit Besar.%u201cAlhamdulillah, mudah-mudahan projek ini membawa manfaat yang sangat besar kepada masyarakat,%u201d katanya.Beliau berkata, selain itu, terdapat juga kerja-kerja pemasangan sistem paip yang menghubungkan LRA Jenun Baru dengan tangki air baharu sepanjang 46.8 kilometer yang sudah siap dipasang dan telah melalui ujian tekanan dan kebocoran.%u201cSebahagian paip, iaitu 11.5 kilometer atau 25 peratus daripada jumlah keseluruhan, kini telah diaktifkan untuk penggunaan air bersih,%u201d ujarnya lagi.BUKIT SELAMBAU - Seramai 100 pelajar menerima baucar kelengkapan persekolahan bernilai RM100 menerusi Program Ceria ke Sekolah anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Bukit Selambau.ADUN Bukit Selambau, Ustaz Azizan Hamzah berkata, program ini merupakan usaha Kerajaan Negeri Kedah meringankan beban keluarga yang memerlukan menjelang sesi persekolahan baharu.%u201cProgram ini merupakan kerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB),%u201d katanya ketika merasmikan Program Ceria ke Sekolah di Mydin Taman Batik, baru-baru ini.Hadir sama, Pengurus Cawangan Mydin Taman Batik, Fauzi Rashid dan Pengarah PKWR DUN Bukit Selambau, Md Shahril Harun.%u201cDiharapkan usaha ini dapat membantu pelajar membuat persiapan sekolah dengan lebih sempurna dan meringankan beban kewangan keluarga,%u201d ujar beliau.Ustaz Azizan turut merakamkan penghargaan kepada TNB atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan.
                                
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51