Page 11 - Demo
P. 11


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 20259ALOR SETAR - Kerajaan Negeri sentiasa berusaha mengangkat institusi ulama dan pondok kerana golongan itu memberi sumbangan besar kepada masyarakat.Menurut Mufti Kedah, Sohibus Samahah Dato%u2019 Paduka (Dr.) Syeikh F a d z i l A w a n g , u s a h a menyemarakkan cinta kepada ulama dan institusi pondok perlu diteruskan kerana mereka merupakan pewaris perjuangan Nabi terdahulu.%u201cSemasa guru saya melawat Malaysia, dia sangat kagum dengan orang Malaysia kerana walaupun kita dijajah oleh pelbagai kuasa, akidah orang Melayu tetap kental dan tidak boleh dipesongkan oleh penjajah.%u201cItu adalah hasil didikan alim ulama yang ada di sini yang telah berjaya menyemai, menanam, memupuk akidah Islam kepada rakyat negara ini,%u201d ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pameran Institusi Ulama dan Pondok Negeri Kedah di Muzium Negeri Kedah di sini, hari ini.Beliau berkata, guru pondok banyak mendidik pelajar dan menjaga amanah ibu bapa sebaik mungkin menerusi adab dan penguasaan ilmu dalam bidang agama.Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, Dato%u2019 Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata, pameran seumpama dapat membangkitkan semangat ulama generasi kini.%u201cKita tidak mahu anak-anak kita mengenali ulama hanya melalui buku sejarah sekolah. Kita mahu mereka melihat sendiri betapa hebatnya ulama-ulama di negeri ini.%u201cSejarah mencatatkan sinar Islam tiba ke Kedah sejak tahun 1136 Masihi, pada zaman pemerintahan Sultan Mudzafar Shah. Ulama yang datang dari Tanah Arab, Parsi dan Nusantara menjadi duta dakwah, membuka lembaran baru Tamadun Kedah sebagai negeri Islam tertua di Nusantara.%u201cMereka bukan sahaja berdakwah, merekalah guru, penasihat istana, ahli falak, penulis kitab, hakim syariah, dan pembimbing ummah,%u201d kata beliau.INSTITUSI ULAMA DAN PONDOK BERI SUMBANGAN BESAR KEPADA MASYARAKAT4 DISEMBER 2025
                                
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15