Page 11 - Demo
P. 11


                                    BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 9Kerajaan negeri Kedah bekerjasama erat dengan DXN Sdn Bhd dengan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit di antara DXN dan juga agensi-agensi kerajaan di bawah kerajaan negeri.Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Profesor Dr. Haim Hilman Abdullah berkata antara isu setempat yang perlu diselesaikan termasuk masalah banjir, jalan sempit serta keadaan jalan yang gelap di waktu malam.%u201cSaya dan juga Dato%u2019 D.O Kubang Pasu bersama rakanrakan daripada agensi seperti JPS, JKR, MPKP dan Invest Kedah, telah melakukan lawatan ke kilang DXN di Malau Jitra ini.%u201cKita telah mendapat persetujuan pada asasnya semua agensi terlibat untuk membantu menyelesaikan segala isu-isu berbangkit,%u201d ujarnya ketika mengadakan lawatan kerja ke Kilang DXN di Kampung Lubok Ipoh, di sini, hari ini.Jelasnya, lawatan itu juga bagi melihat bagaimana kerajaan negeri boleh memainkan peranan untuk memacu dan memajukan lagi DXN agar terus kompetitif di pasaran tempatan dan antarabangsa.Tambahnya, beliau amat yakin bahawa DXN akan terus menjadi jenama yang terkemuka di persada dunia.Dalam lawatan tersebut, YB Profesor Dr. Haim Hilman dibawa meninjau Ladang Ganoderma, Kilang farmaseutikal, Kilang kopi dan Kilang kosmetik, jus serta produk penjagaan diri.KERAJAAN BEKERJASAMA DENGAN KILANG DXN TUBUHKAN JAWATANKUASA KHASALOR SETAR - 6 OGOS 2025
                                
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15