Page 27 - Demo
P. 27
BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 25Kerajaan negeri komited dalam memastikan kemampanan alam sekitar terpelihara selaras dengan inisiatif kerajaan Malaysia melalui Dasar Alam Sekitar Negara (DASN).Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Dato%u2019 Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria, DSAN merupakan salah satu usaha dalam membangunkan ekonomi, sosial dan budaya yang berterusan serta meningkatkan kualiti hidup rakyat dan memastikan kesejahteraan alam sekitar dengan melaksanakan pembangunan lestari.%u201cDasar Alam Sekitar Negara ini bertujuan untuk mencapai alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif memelihara warisan alam semula jadi kurniaan Allah dan menggalakkan cara hidup serta pola penggunaan yang lestari,%u201d katanya.Tambahnya, kerajaan negeri juga terlibat secara aktif dalam pelaksanaan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (BKBK) 2022-2030 yang bertujuan memelihara dan memulihara biodiversiti negara secara mampan serta menekankan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.Beliau turut menjelaskan, beberapa pendekatan holistik turut dilaksanakan dalam memastikan kemampanan alam sekitar melalui inisiatif pemuliharaan hutan dan bakau, pengurusan sumber air, penglibatan komuniti hingga kepada pembangunan yangberasaskan sains dan pendidikan.%u201cIni jelas mencerminkan komitmen kerajaan jangka panjang dan juga jangka sederhana untuk mengimbangi pembangunan dan kelestarian alam bagi generasi kini dan generasi akan datang.%u201cKerajaan negeri turut memastikan kemampanan alam sekitar melalui pemerkasaan dan pelaksanaan undangundang,%u201d ujarnya.Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan lisan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri KedahDarul Aman, Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah ke-15 di Wisma Darul Aman, hari ini.Tambahnya lagi, kerajaan negeri turut menubuhkan satu jawatankuasa bagi menangani isu kemerosotan kualiti air sungai yang disebut sebagai Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JKKAS) untuk memantau dan memastikan isu kemerosotan kualiti sungai dapat diatasi.Jelasnya, kerajaan negeri turut memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk menambah stesen pemantauan kualiti sungai.%u201cKita harap usaha ini mendapat sokongan padu daripada semua agensi dan juga seluruh masyarakat,%u201d ucapnyaALOR SETAR - 21 OGOS 2025KERAJAAN NEGERI PERKUKUH USAHA LINDUNGI ALAM SEKITAR

