Page 26 - Demo
P. 26


                                    BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 24Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini meluluskan usul mendesak Kerajaan Persekutuan mengkaji semula pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang memberi kesan langsung kepada rakyat khususnya golongan B40 dan M40.Usul yang dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek, Ahmad Sulaiman itu mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).Tiga tuntutan utama dalam usul tersebut menurut Ahmad adalah mendesak Kerajaan Persekutuan menilai semula peluasan SST yang disifatkan membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah, memperketatkan kawalan terhadap pencatutan harga dan pemantauan terhadap rantaian kesan SST serta menyediakan subsidi bersasar dan bantuan kewangan khas kepada golongan terjejas termasuk peniaga kecil, petani dan nelayan.Tambah beliau, usul itu bertujuan untuk menunjukkan keprihatinan DUN Kedah terhadap situasi rakyat.%u201cPelaksanaan sebarang bentuk sistem percukaian termasuk penstrukturan fiskal yang tidak teratur boleh memberi kesan langsung kepada rakyat. %u201cUsul ini tidak bermaksud mahu melanggar sempadan kuasa Pe r s e k u t u a n . Ia s e k a d a r menyuarakan kebimbangan rakyat di Kedah,%u201d katanya.Sementara itu, ADUN Lunas, Khairul Anuar Ramli berkata SST hanya dikenakan pada kadar enam peratus tetapi sebenarnya ia berganda dalam rantaian bekalan yang menyebabkan bebanan kepada rakyat.%u201cBarang yang sudah dicukai ketika dikeluarkan, dicukai lagi ketika dijual. Akhirnya pengguna menanggung harga lebih tinggi. Inilah yang rakyat marah,%u201d ujarnya.Beliau juga mencadangkan beberapa langkah penyelesaian antaranya pengecualian cukai untuk barangan asas dan perkhidmatan penting, penekanan cukai terhadap syarikat besar serta sektor berkeuntungan tinggi dan penutupan kebocoran hasil negara yang kerap dilaporkan dalam audit tahunan.DUN KEDAH LULUS USUL DESAK KAJIAN SEMULA SSTALOR SETAR - 20 OGOS 2025
                                
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30