Page 41 - Demo
P. 41


                                    BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 39ALOR SETAR %u2013 Nilai kemerdekaan negara tidak akan bermakna jika jiwa rakyat masih terbelenggu dengan penjajahan minda, budaya dan cara hidup asing.Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, rakyat perlu sentiasa berwaspada dengan racun pemikiran yang semakin dinormalisasikan terutama dalam kalangan generasi muda.%u201cDari hari ke hari, banyak perkara-perkara yang dahulunya dianggap pelik, kini telah diterima sebagai normal. Kita bimbang jika ini adalah normalisasi yang telah menjadi strategi senyap untuk mencapai satu tujuan yang terselindung,%u201d katanya.Menurut beliau, penjajahan bukan lagi sekadar merampas sempadan atau kuasa politik, tetapi kini menjalar melalui penjajahan minda dan gaya hidup rakyat.%u201cKita bimbang apabila mutakhir ini ada naratif baru yang sedang digembar-gemburkan konon Bintang 3 itu juga pejuang kemerdekaan. Inilah pengaruhpengaruh baru yang sedang dinormalisasikan dalam pemikiran masyarakat kita pada hari ini,%u201d ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Kedah Tahun 2025 di Taman Jubli Emas, Alor Setar.Tambahnya lagi, masyarakat kini seolah-olah dipaksa menerima sepenuhnya naratif pihak luar tanpa mampu bersuara.%u201cSaya bimbang sekiranya perbuatan seperti ini memang disengajakan atau sebagai satu simbolik untuk menguji sensitiviti kita ataupun menyatakan hasrat mereka yang tertentu,%u201d ulasnya.Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap gejala memasang bendera terbalik, malah ada pihak yang mewarnakan Jalur Gemilang dengan hitam putih.%u201cKemerdekaan mesti dipelihara, dikawal dan dijaga.%u201cPengisiannya haruslah ditentukan berpaksi pada nilai-nilai jati diri yang berteraskan budaya hidup rakyat negara ini,%u201d tegasnya.Sanusi menegaskan, tiada makna sekiranya kemerdekaan tanpa kedaulatan dan tidak ada kedaulatan yang hanya sekadar laungan dan teriakan slogan kosong.%u201cMerdekakan jiwa untuk menghayati kemerdekaan yang sebenar. Jiwa yang merdeka tetap akan merdeka meskipun jasad dipenjara, jiwa yang terpenjara tetap akan terpenjara meskipun jasadnya merdeka. Pilihlah kemerdekaan yang mana satu kita mahu untuk diri kita dan keluarga kita,%u201d laungnyaMERDEKAKAN JIWA, BUKAN SEKADAR LAUNGANALOR SETAR - 31 OGOS 2025
                                
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45