Page 40 - Demo
P. 40
BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 38Sekalung tahniah diucapkan kepada Ku Nurin Afiqah Ku Ruzaini, atlet memanah negeri Kedah yang berasal dari Kodiang.Perjalanan awal beliau bermula di Sekolah Kebangsaan Siputeh, kemudian meneruskan pengajian di Sekolah Sukan Malaysia Pahang, SMK Desa Cempaka dan kini menuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil.Beliau terpilih sebagai salah seorang daripada tiga atlet negara yang akan membawa cabaran Malaysia ke Hyundai World Archery Championship 2025 pada 5 hingga 12 September 2024 di Gwangju, Korea Selatan.Semoga mereka dapat mempersembahkan prestasi terbaik, mengharumkan nama negara, serta meraih emas di pentas dunia.MTSD BUKTI KOMITMEN KEDAH DALAM PENDIDIKAN ISLAMJELAJAH PENERANGAN KEDAH SEJAHTERA PLATFORM SAMPAIKAN DASAR KERAJAANALOR SETAR - 28 OGOS 2025ALOR SETAR - 29 OGOS 2025BANDAR BAHARU - Program Jelajah Penerangan Kedah Sejahtera merupakan satu inisiatif menyeluruh kerajaan negeri untuk mendekati rakyat, mendengar suara akar umbi dan menyampaikan dasar-dasar kerajaan secara terus dan jelas kepada masyarakat.Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato%u2019 Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata, kerajaan negeri sentiasa komited dalam memperjuangkan kebajikan rakyat, memacu pembangunan yang inklusif dan memastikan tiada golongan yang tercicir.Tambahnya, segala dasar dan inisiatif sama ada dalam bidang ekonomi, pendidikan, kesihatan atau sosial perlu difahami oleh rakyat agar mereka dapat menikmati sepenuhnya manfaat yang disediakan.%u201cKita tidak mahu maklumat hanya berlegar dalam media sosial yang belum tentu sahih.%u201cSebaliknya, kita tampil ke lapangan, turun padang dan berjumpa sendiri dengan rakyat,%u201d ujarnya.Beliau berkata demikian dalam Program Jelajah Penerangan Kedah Sejahtera Tahun 2025 Daerah Bandar Baharu bertempat di Dataran Bandar Baharu.Menurut beliau lagi, di era teknologi landskap maklumat yang begitu pantas, komunikasi kerajaan mestilah bersifat dua hala, telus dan berkesan.Jelasnya, penting peranan agensi-agensi penerangan, jabatan komunikasi, serta peranan semua pihak termasuk pemimpin tempatan dan masyarakat sivil dalam menjadi ejen penyampai maklumat.%u201cBanyak maklumat%u2013maklumat yang tidak sahih tersebar ditelan bulat oleh masyarakat tanpa menyiasat terlebih dahulu kesahihannya,%u201d kata beliau.

