Page 16 - Demo
P. 16
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202515SUNGAI PETANI - Kerajaan negeri amat menitikberatkan pendidikan anak-anak di negeri kedah iaitu salah satu faktor penting untuk menjadikan mereka insan yang berjaya di masa hadapan.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pe mb ang u n an Ins an d an Pembasmian Kemiskinan, YB Dato%u2019 Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali, pendidikan membolehkan seseorang memperoleh ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan yang baik, menjana pendapatan stabil dan keluar daripada kitaran kemiskinan.Katanya lagi, berilmu dan berakhlak adalah dua elemen penting yang perlu seiring dalam pembentukan diri.%u201cPelajar bukan sahaja perlu bijak, tetapi juga berjiwa murni dan beretika, agar kejayaan yang dicapai diberkati dan bermanfaat untuk semua,%u201d ujarnya.Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran The Pearl of Kedah Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2025 bertempat di Dewan Bankuet, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah, di sini, hari ini.Jelasnya, program ini telah dilaksanakan bermula Jun 2024 dan dijangka diteruskan sehingga tahun 2029 iaitu selama lima tahun.Tambah beliau lagi, program ini melibatkan golongan remaja lelaki dan perempuan berumur 13 tahun yang terdiri dari keluarga yang s e d e r h a n a d a n k u r a n g berkemampuan tetapi mempunyai kemahuan untuk belajar yang tinggi.Katanya, jumlah keseluruhan kumpulan sasaran adalah seramai 300 orang pelajar dari semua daerah di negeri kedah.%u201cProgram dan Majlis Pelancaran The Pearl Of Kedah peringkat negeri Kedah akan menjadi p l at f o r m p e nt i n g d a l a m memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat, serta memperkasa agenda pembangunan negeri,%u201d ujar beliau lagi.PENDIDIKAN DAN BERAKHLAK MULIA ELEMEN PENTING PEMBENTUKAN THE PEARLS OF KEDAHSUNGAI PETANI - 18 SEPTEMBER 2025

